“Letak Berlian Dalam Kerepek, Makan Lepas Tu Campak, Satu Penghinaan”- Sebab Aisyah Tidak Hadir Majlis Penyerahan Barang Kemas DS Vida

Hiburan

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida menunjukkan lima jenis barang kemas pilihan Aishah sebagai ganti rugi kepada berlian p@alsu yang dimenangi penyanyi itu pada program Gegar Vaganza musim keempat lalu.

Lima jenis barang kemas bernilai RM80,000 itu terdiri daripada dua butir berlian dan tiga bentuk cincin termasuk sebentuk cincin lelaki.

Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dalam satu sidang media berkata, dia berbesar hati memenuhi permintaan Aishah adalah atas persetujuannya sendiri.

Aishah menuntut Vida membayar ganti rugi barang kemas bernilai RM80,000 dan permohonan maaf.

“Saya berbesar hati untuk memenuhi tuntutan Aishah walaupun sebenarnya bukan tuntutan, tetapi adalah keinginan asal saya sendiri untuk memberikan sesuatu yang menggembirakan Aishah sebagai juara GV.

“Barang kemas ini dipilih oleh Aishah sendiri dan peguam saya akan menyerahkan kepadanya petang ini di kedai emas,” katanya.

Vida ditemui pada sidang media bagi menunjukkan barang kemas yang bakal dimiliki Aishah di One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Menerusi sidang media tersebut, Vida mencipta gimik dengan memasukkan dua butir berlian 1 carats round diamond bernilai RM27,100 dan 0.70 carats diamond princess cut bernilai RM12,920 ke dalam balang makanan ringan produk milik anaknya.

Selain berlian, Vida turut menunjukkan tiga bentuk terdiri daripada sebentuk cincin emas kuning bernilai RM20,820, cincin emas putih (RM11,410) dan cincin emas putih tanpa batu (RM7,750).

Vida menunjukkan barangan kemas pilihan Aishah sebagai ganti rugi berlian palsu yang diterima sebelum ini.

Sementara itu, Vida berharap penyerahan barangan tersebut dapat menamatkan kemelut yang berlangsung selama setahun setengah.

Malah, Vida turut memberitahu dia tiada masalah untuk bertemu dengan Aishah.

“Saya harap penyerahan barang kemas ini akan menamatkan semua kemelut dan isu yang melanda.
Image result for ds vida dan aishah

“Kalau saya jumpa dia pun lepas ni tak ada masalah, saya boleh tanya macam mana berlian?,” katanya.

Pada sidang media 6 Julai lalu, Vida membuat permohonan maaf kepada Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 54.

Dalam sidang media permohonan maaf itu, anaknya Cik B atau Edlynn Zamileen Muhammmad Amin, 14, tiba-tiba muncul menyerahkan wang tunai sebanyak RM100,000 kepada ibunya bagi membayar ganti rugi tersebut.

Aishah memilih lima jenis barang kemas.

Kemelut isu berlian palsu antara Aishah dan Vida berakhir selepas mereka bersetuju menyelesaikan perkara itu secara mediasi.

Aishah menjelaskan usahawan yang juga penaja program realiti Gegar Vaganza itu perlu membayar harga pameran (price tag) barang kemas berjumlah RM80,000 kepadanya pada atau sebelum 17 Julai ini.

Untuk rekod, perbalahan antara Aishah dan Vida tercetus apabila penyanyi itu membuat pendedahan bahawa hadiah rantai berjumlah RM80,000 yang ditaja usahawan itu adalah palsu.

Aishah menyedari barangan kemas yang diterima hasil hadiah kemenangan program Gegar Vaganza musim keempat itu palsu selepas mengadakan pemeriksaan di kedai emas.

Penyanyi Aisyah tidak hadir pada majlis sidang media penyerahan barang kemas dan berlian oleh Datuk Seri Vida di One World Hotel. Wartawan cuba hubungi Aisyah untuk mendapatkan komen beliau mengenai kemelut berkenaan.

Menurut Aishah, Itu satu penghinaan

“Mungkin ini cara orang kaya-kaya, orang berada . Sepanjang sejarah 54 tahun saya hidup, 5 hadiah yang ikhlas dalam kerepek? Siapa yang ada kewarasan yang baik boleh menilai sendiri “

p/s: Semoga kemelut yang melanda kedua-dua individu ini dapat diselesaikan dengan baik

sumber: mstar, hmetro