(Video) Neelofa Bertunang Dengan PU Riz? Ibu Sahkan Neelofa Sudah Ada Kekasih

Hiburan Semasa Tempatan

Ibu kepada ahli perniagaan dan hos, Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed ada berkongsi beberapa pautan foto serta kapsyen yang meraih perhatian peminat.

Memuat naiknya di Instagram petang Ahad, Kartini menitipkan rasa syukur serta menzahirkan rasa yang menyifatkan anaknya itu telah pun bertemu kekasih hati yang diharap boleh membimbingnya ke jalan yang lebih baik.

“Bismillahhirohmanirohim. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb. Saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku.

“Aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya, yang akan menyokong setiap apa saja urusannya.

“Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn.

“Neelofaku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang.

“Mama love you very much,” tulisnya lalu dihujani dengan ucapan tahniah serta reaksi pelbagai warga maya.

Kartini bagaimanapun tidak pula memperincikan mengenai apakah status terkini anaknya itu selain hanya memuat naik foto bersama Neelofa dan PU Riz.

Kecoh di media sosial, netizen teruja betul ke Neelofa & PU Riz bertunang?

Image

Terdahulu, Kecoh di laman sosial Twitter mengenai desas-desus yang did4kwa terdapat majlis pertunangan antara selebriti popular Neelofa dan pend4kwah serta pelakon, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.

Dah tunang ke?

Sebelum & selepas pakai cincin?

Patah hati…

Tinjauan menerusi page Instagram peminat @lofa.page, rata-rata berkongsi gambar dan video majlis yang dihadiri oleh pasangan tersebut sehingga mencetuskan persoalan adakah benar mereka telah bertunang?

Ini kerana gambar dan video itu dimuat naik oleh adik-beradik Neelofa iaitu Noor Nabila dan Ameera Khan seolah-olah memberi bayangan mengenai perkara berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

I don’t know what to caption this post. It’s such a beautiful and meaningful photo. I cried, happy tears. Only happy tears. ♥️ #neelofa #NLF #NLFH 🤍🤲🏻 #jagadiauntukkami

A post shared by ‎نور نيلوفا (@lofa.page) on

 

View this post on Instagram

 

TQ Sis Bella 😍😘 *yang kat belakang tu yang utama sebenarnya 😜 #neelofa #NLF #NLFH 🤍🤲🏻

A post shared by ‎نور نيلوفا (@lofa.page) on

 

View this post on Instagram

 

Sweetnya dia 😘 #neelofa #NLF 🤍🤲🏻

A post shared by ‎نور نيلوفا (@lofa.page) on

Terdahulu, selebriti yang juga usahawan itu ada berkongsi menerusi Instastory yang berharap supaya urusan beliau hari ini diberkati selain dipermudahkan Allah SWT.

“Semoga hari ini kita diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segala perancangan. Terima kasih Allah kerana menyempurnakan perkara ini. (Senyuman di sebalik niqab),” tulisnya.

Bagaimanapun memetik laporan Utusan, pihak mereka cuba mendapatkan kesahihan mengenai perkara tersebut namun bekas pengacara MeleTOP itu gagal dihubungi.

 

Sumber: Twitter , Neelofa , Instagram , Utusan (Alif Fadli), OMM, MH , Instagram Datin Noor Kartini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.