Lupa Nak Buang Hanger, Roti Tisu, Bawa Gunung Kinabalu, Antara Komen Kelakar Netizen Pada Baju Sarah Suhairi.

Hiburan

Penangan Anugerah Juara Lagu 33 cukup panas. Lepas satu, satu cerita keluar.

Terbaru, fesyen penyanyi muda, Sarah Suhairi menjadi antara topik perbualan pencinta muzik gara-gara mengenakan baju yang dilihat tak kena gaya.

Siap ada yang kata, inilah maksud sebenar ‘berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.”

Lebih teruk ada netizen yang membayangkan fesyen ini dikatakan seperti penyakit buasir hinggap di bahu.

Netizen meninggalkan pelbagai luahan rasa di ruangan komen dan disambut dengan tenang oleh penyanyi Pedih ini.<

Malah, juara Big Stage musim pertama ini turut dinasihatkan agar lebih berhati-hati memilih designer pada masa depan.

Walau bagaimanapun, penampilannya pada malam itu cukup disenangi kerana berpakaian mengikut syariat, bak kata netizen.

Bagaimana pun pereka baju Sarah Suhairi iaiti SETH & LUNA atau @sethandluna_artisan turut  memberi maklumbalas mengenai design tersebut.

Baju roti tisu, Baju lupa nak buang hanger, plastik sampah, gunung kinabalu dan pelbagai lagi. sesungguhnya kami terhibur dengan setiap daripada ideologi rakyat malaysia. Alhamdulillah rakyat malaysia ternyata kreatif dan luas imaginasinya.
.
Dengan ini kami sertakan juga rendisi Busana tahunan yang bertemakan makanan dari SETH&LUNA :

Rupanya Mira Filzah pernah mengenaikan busana dari Designer ini namu dilihat tidak keterlaluan.

.
2019 : Sarah suhairi Roti Tisu untuk #ajl33 .
2018 : Pulut Durian untuk #GenF#generasifesyen .
2017: Mira Filazah Bebola Daging untuk #abpbh2017 .
Disaat anda membaca posting ini, kami sudahpun “memasak” beberapa baju untuk dihidangkan buat tahun hadapan. Salam Sayang XO #sethandluna .
#malaysiatrulyasia .

Sarah tampil menghiburkan penonton dengan lagu Seribu Impian gandingan bersama Nabila Razali dan Ismail Izzani

Sumber :  Instagram Sarah Suhairi/ IG sethandluna_artisan/Media Hiburan