“Jari yg pernah tekan picu M16..”- Lvahan anggota PGA ketika mengundi di Sabah

Semasa Tempatan

Bahang Pilihan Raya di Sabah sudah semakin terasa apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi undi awal telah dilakukan pada hari ini.

Para anggota keselamatan seperti Angkatan Tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membvang undi pada hari ini bagi memilih pemimpin yang bertanding di PRN tersebut.

Lvahan dari pejuang negara

Namun begitu, sepanjang kempen PRN tempoh hari, terdapat beberapa kontroversi antaranya berkenaan kenyataan seorang ahli politik yang menyentuh isu perjuangan anggota keselamatan dalam peristiwa Lahad Datu 2013.

Sehubungan dengan itu, seorang anggota PGA yang bertugas ketika peristiwa Lahad Datu telah memuat naik gambarnya yang sudah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengundi untuk PRN.

Jari yang memegang picu M16 ketika di Tanduo

Menurut Mujahidin Hj. Sawaijaan, jari yang dicelvp dengan dakwat semasa mengundi itu merupakan jari yang telah memegang picu senj4ta ketika tragedi Lahad Datu.

Dia juga menyatakan bahawa jari tersebut juga yang memangkah parti yang menghargai nilai sebuah keamanan dan pengorbanan anggota keselamatan dalam mempert4hankan kedaulatan negara.

Tak mampu kami nak balas jasa tuan

Sehubungan dengan muat naik tersebut, perkongsian Muhajidin itu telah mendapat perhatian warganet dengan memperoleh lebih daripada lapan ribu tanda suka dalam masa 7 jam sahaja.

Rata-rata warganet telah menyatakan rasa penghargaan mereka kepada barisan anggota keselamatan dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana mempert4hankan Tanah Air daripada ancaman musuh.

Terima kasih menjaga keamanan negara

Jasa wira negara tak akan dilupakan

 

Sumber: Mujahidin Hj. Sawaijaan, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.