M4lang dapat rakan serumah kedekvt, TV tak bagi tengok… mulut pun boleh t4han!

Nasihat & Panduan Semasa Tempatan

BAGI mereka yang biasa tinggal menyewa dengan penghuni lain, pasti sudah ‘masak’ dengan perangai masing-masing.

Alangkah beruntungnya jika mempunyai rakan serumah atau rakan sebilik yang sekepala dan memahami.

Namun, m4lang sekali nasib buat mereka yang mempunyai rakan serumah yang bukan sahaja gemar menjaja cerita, malah terlalu ‘berkira’ sebagaimana yang dialami oleh wanita ini.

Menerusi coretan di laman IIUM Confession, wanita ini berkongsi pengalamannya ketika ditempatkan serumah dengan seorang guru wanita, beberapa tahun lalu.

“Beberapa tahun lepas ketika aku berusia 26 tahun, aku masih tidak ada kerja tetap. Suatu hari, aku dipanggil (setelah menjalani temuduga) untuk menjadi guru ganti harian. Gaji dibayar mengikut hari bekerja iaitu RM100 untuk setiap hari bekerja.

“Aku dibenarkan tinggal di rumah warden, pihak pengurusan mahu aku menjadi guru dan warden sekali gus, tetapi elaun warden tidak dibayar.

“Aku tinggal serumah dengan seorang guru merangkap warden, aku panggil dia, Kak Rina. Sebelum aku masuk ke rumah tersebut berkali-kali aku tanya pada pengurusan tentang bayaran sewa, api air.

Menurut Sofiah, dia juga segan untuk memasak di rumah berkenaan kerana menyedari kesemua barangan di dapur adalah milik Kak Rina.

“Pengurusan sekolah mengatakan bil air dan api di bawah sekolah, manakala sewa rumah tidak perlu kerana tugas sebagai warden tidak dibayar,” demikian cerita Sofiah Tohirah (bukan nama sebenar).

Menurut wanita ini, gajinya sebagai guru ganti tidak dibayar setiap bulan, sebaliknya ia biasa dibayar setelah tamat tempoh mengajar.

Disebabkan situasi berkenaan, dia perlu belajar berjimat cermat kerana enggan membebankan ibu bapa, meskipun ibu bapanya sering menghulurkan duit belanja kerana memahami keadaannya ketika itu.

“Disebabkan aku tidak bergaji dan bergantung duit diberikan ibu, jadi aku mengelak makan makanan yang dimasak oleh teman serumah, maklumlah, aku tidak berduit.

“Aku tak masak, sebab tong gas tidak menggunakan duit aku. Rasa segan nak guna. Rupa-rupanya sikap aku itu menjadi percakapan di antara bebrapa guru. Kak Rina mengadu yang aku tak makan makanan yang dimasaknya,” ceritanya.

Esoknya balik sekolah, aku lihat kad tv dah tak ada. Kak Rina dah sorokkan. Kalau dia ada, baru dia pasang. Sejak itu aku mula faham yang aku tak boleh guna barang bukan aku punya.

SOFIAH TOHIRAH

RAKAN SERUMAH

Tambah wanita ini lagi, ada satu lagi peristiwa yang berlaku antara dia dan teman serumahnya itu, yang tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.

“Balik dari sekolah, Kak Rina akan membuka televisyen menonton drama Korea kegemarannya. Bila Kak Rina balik, aku akan menyelit untuk berborak-borak. Aku sebenarnya kurang sikit dengan televisyen.

“Lama-lama aku jadi berminat pula dengan drama tersebut. Tapi aku tetap menunggu Kak Rina balik untuk membuka televisyen, baru aku menumpang tengok di sebelah.

“Satu hari Kak Rina pulang lambat, hatiku menggelitis nak buka TV. Aku fikir, takkan Kak Rina marah. Semasa menonton, Kak Rina balik, dia masuk ke bilik dan keluar semula untuk menonton bersama ku.

“Esoknya balik sekolah, aku lihat kad tv dah tak ada. Kak Rina dah sorokkan. Kalau dia ada, baru dia pasang. Sejak itu aku mula faham yang aku tak boleh guna barang bukan aku punya,” ceritanya lagi.

Enggan mengeruhkan keadaan, Sofiah membayar sedikit wang sepanjang tempoh dia tinggal bersama Kak Rina.

Sedikit ‘terasa hati’ namun dia memilih untuk enggan terlalu berfikir, wanita ini sekali lagi diduga apabila dituduh tidak membayar sewa rumah sejak menghuni rumah warden.

Perkara itu hanya diketahuinya apabila seorang guru wanita lain secara tiba-tiba bertanyakan kepadanya mengenai perkara itu.

“Kak Maya beritahu yang Kak Rina mengadu katakan aku langsung tak bayar sewa kepada dia. Aku ke pejabat pengurusan dan bertanya kembali, dan pengurusan tetap mengatakan yang aku tak perlu bayar.

“Tapi demi menjaga air muka aku, tambahan gaji pun dah masuk masa tu, aku bayar kepada Kak Rina RM150 sebulan. Aku bayar untuk dua bulan dan dia ambil.

“Sejak dari itu aku berazam, andai kata aku mendapat kerja, pangkat ku lebih tinggi, aku tak akan berkira sedemikian rupa.

“Alhamdulillah.. Allah lorongkan juga rezeki untukku akhirnya. Dan aku kotakan janjiku. Aku besyukur,” tulisnya lagi.

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.