M4yat ‘Terbaring’ Sekitar Trek, Dilapor 18 Orang M4ut Dalam Kej4dian Bas Dan Kereta Api ‘Bertembvng’

Luar Negara

18 terbunuh manakala 40 yang lain ced3ra selepas sebuah bas bertembung dengan sebuah kereta api di wilayah Chachoengsao pada Ahad, kata para pegawai, setelah sebelumnya menyatakan 20 orang telah mninggal dunia.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 8.05 pagi di persimpangan kereta api berhampiran stesen keretapi Khlong Kwaeng Klan, sekitar 50 kilometer ke timur Bangkok, ketika penumpang bas sedang dalam perjalanan ke sebuah kuil untuk upacara keagamaan, kata Ketua Polis daerah tersebut.

Gabenor wilayah Maitree Tritilanod sebelumnya memberitahu wartawan bahawa setakat ini sekitar 29 orang telah disahkan terced3ra, namun jumlahnya telah dikemas kini kepada 44 orang kesemuanya kecuali 13 orang yang telah discaj daripada hospital awal tengah hari.

Rakaman yang dikongsi oleh sebuah jabatan kerajaan menunjukkan bas tersebut telah bergerak dari sebuah jalan memasuki trek kereta api sebelum dirempuh.

Death toll in bus-train collision rises to 20 in Central Thailand (update) | The Star

Gambar awal daripada pasukan penyelamat memaparkan logam dan serpihan, dengan m4yat bertempiaran di kawasan trek kereta api serta barangan peribadi penumpang telah tersebar di internet.

Bas tersebut telah terbalik, bahagian atasnya pula tercabut, dan pasukan penyelamat menyatakan bahawa sebuah kren diperlukan untuk mengangkatnya.

20 killed on temple trip in Thailand as bus, train collide

Mangsa yang terced3ra telah dihantar ke hospital Ban Pho, Phutthasothorn dan Kasemrat di daerah Muang.

Kereta api kargo No 852 dilaporkan sedang bergerak melalui stesen keretapi Laem Chabang dan Hua Takhae sebelum merempvh sebuah bas di persimpangan kereta api di tambon Bang Toey di daerah Muang Chachoensao.

Saksi kej4dian menyatakan bahawa lintasan laluan kereta api itu tidak mempunyai penghadang, namun mereka terdengar bunyi hon daripada kereta api tersebut sejurus sebelum nahas yang mengerikan itu terjadi.

Bas tersebut dilaporkan membawa kira-kira 60 orang penumpang daripada daerah Samut Prakan di selatan Bangkok untuk upacara keagamaan tahunan.

Pihak polis masih lagi sedang menyissat pvnca pel4nggaran tersebut, lapor Bernama.

 

Sumber: Bangkok Post, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.