“Maaf pakcik, saya bukan musIim”- Jawab Nurse. Tiba2 pakcik tua tu tepuk tangan aku, tanya aku jam 1 pagi

Tauladan

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersiIap dan saIah.

“Nurse, kiblat arah mana?”

“Maaf pakcik, saya bukan MusIim”

Perbualan itu menarik telinga aku. Autom4tik nurse, pakcik tua tu dan keluarga pakcik tu pandang aku.

Memang lah diorang pandang aku dah aku duduk kat kerusi paling dekat dengan katil pakcik tu malah siap pakai k0piah dengan baju melayu. Mestilah aku kena bagi jawapan kan.

“Err kejap saya check kan”. Then cepat-cepat install Apps untuk kiblat.. Semua mata dah memandang.

“Maaf ye lambat sikit, saya solat kat tingkat atas tadi, tu yang saya tak pasti kiblat kat sini”

“Ooooo patutlah”.

Itu cara awal kami berkenalan semalam

Semalam aku teman abang ipar yang dimasukkan kedalam wad. Lebih kurang pukul 11 malam pakcik tua ini ditempatkan di katil sebelah. Maka p0sisi aku duduk ialah ditengah antara dua katil, katil kanan ada abang ipar aku, katil kiri ada pakcik tua nie.

Bila keluarga pakcik nie pulang tiba-tiba pakcik nie tepuk tangan aku.

“Sudah witir?”

“Witir? Err belum.. Belum lagi”

M4lu sebenarnya kena tanya macam tu. Witir adalah solat sunat yang sangat jarang aku nak buat selain bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan pun nasiblah dapat buat kalau pergi berjemaah.. Kalau sorang? Faham-fahamlah..

Muka pakcik nie cem4s, dia bagitahu dia belum buat witir lagi, terus dia geg4s ke toilet.

Aku ingat dia nak solat atas katil, rupanya dia nak solat atas lantai, aku offer dia kerusi aku untuk dia solat duduk, dia kata;

“Tak apa, saya mampu berdiri”

Selesai witir yang agak panjang bagi aku termasuk dengan bacaan selepas solat dia berbaring kat katil.

“Kamu tahu, Nabi tidak akan tidur pada malam hari melainkan setelah membaca As Sajadah, Tabaroka (Mulk), Rahman dan Yaasin”.

Dalam hati aku bebel, betul ke? Ada dalil ke? Memandai je kot?

Terasa nak b4has tapi mengenang jam masuk pukul 1 pagi dan pakcik ini sendiri sangat uzvr maka aku diamkan.

Cuma aku kagum dan terkejvt rupanya dia baca (melalui hafalan) 4 surah nie tadi lepas witir. S4kit-s4kit pun rajin lagi.

Tiba-tiba dia tanya aku soalan yang selalu aku terima dan selalu juga aku pedih untuk jawab.

“Kamu sudah keluar berapa hari?”. Ini ‘k0d’ kepada jemaah Tabligh. Sebuah jemaah yang aku k4gum.

“Err saya tak pernah… Saya ikut ghash yang petang-petang tu dulu dengan ta’alim bila free, itupun lama dulu”

Dia agak ha1ran. Dulu pun bila aku jawab gitu orang yang bertanya ha1ran. Mungkin kerana wajah aku (janggut panjang) autom4tik membuatkan mereka menyangka aku anggota jemaah mereka.

Aku ingat dia nak cakap yang dia terkejvt atau luahkan kekec3waan, sebaliknya dia ikrom pada aku (memuliakan). Dia tak tanya apa sebab aku tak libatkan diri. Tapi dia ceritakan kisah dia.

Dia pes4kit jantvng, ada 3 lubang pada jantvngnya dan ada juga mas4lah jantung yang lain. Dia cuma dapat berjalan 10 langkah bersama t0ngkat dan perlu berhenti rehat. Tak boleh jalan laju dan direct.

Kevzuran itu begitu ketara sejak akhir ni sehingga dia cuma dapat solat berjemaah pada fardhu jumaat semata-mata. Itupun setelah puas dilambai minta tumpang.

Namun sebelum uvur sebegini kaki beliau dianugerahkan hampir ke seluruh pelusuk negara, mengajak umat pada iman, malah menyampaikan dakwah di beberapa negara lain melalui jalan Tabligh.

Tujuan dia cerita untuk mer4ngsang aku, kalau dia yang s4kit pun boleh buat, maka aku yang sihat kena usaha bagi boleh.

Kemudian dia tanya aku satu lagi soalan berat.

“Ada tahajud?”

“Err kurang, kurang sangat”

“Umur berapa?”

“Saya 22”

“Ada cinta? (Dia senyum)

“Eh taklah muda lagi (aku maIu)

“Tahajudlah.. Umur saya 83, Allah beri izin saya tahajud tanpa tinggal walau satu malam dimana pun semenjak tahun 73. Hampir 40 tahun”

OMG. Aku kaget. Biar betul. Aku duduk ngan siapa nie???? Aku dah mula rasa maIu.

“Kita dibeban dengan fikir tahajud itu susah, kerana itu kita tidak mampu, niat perlu betul, niat yang betul maka kita akan bangun untuk tahajud walau let1h macam mana dan tidur pukul berapa, Allah akan bantu, namun jika masih tertidur sampai subuh, niat tadi tetap Allah kira, tidak akan dipersiakan”

Dia menceritakan bagaimana dia kerap digengg4m oleh ‘sesuatu’ yang mengejvtkan dia untuk bangun tahajud, teringat cerita Arw4h Tokguru Nik Aziz yang dikejvtkan dengan bunyi ketukan pintu bilik untuk qiamullail.

Kuncinya pada niat. Nak atau taknak. Itu pada pilihan kita. Allah akan bantu.

Aku maIu sangat. Tiba-tiba ada pakcik dari katil agak jauh terbangun tidur dan nampak macam al4mi kesusahan, nurse tak ada pulak kat situ, aku geg4s ke pakcik tu. Jam sudah pukul 2.

Bila aku balik ke tempat duduk. Pakcik tua ini sudah tidur. Tenang wajah dia. Aku bergerak ke surau tingkat atas. Tidur disana. Setelah sekian lama seb4k sungguh aku tahajud.

Mungkin Allah nak pesan kat aku melalui lidah pakcik tua nie. 10 minit sebelum subuh. Dengar bunyi t0ngkat yang agak kuat menuju ke ruang solat. Alangkah terkejvtnya aku bila tengok pakcik tua tu masuk ke dalam surau.

Jauh jugaklah nak berjalan ke sini dari wad tadi dan dia dalam keadaan s4kit. Rupanya dia datang sebab dia teringat awal perbualan tadi aku sebut aku solat kat tingkat atas. Allah luIuhnya hati tengok pakcik nie punya semangat.

Ramai datang untuk subuh, cuma sebab aku yang ‘special’ dalam bab pakaian (hiasan luaran) maka akulah yang kena azan dan akulah juga kena jadi imam.

Aku tak ingat bila last aku azan, lagu azan pun aku taram tibai ikut suka hati, melalut adab azan aku l4ngg4r sana sini. Dan suara aku waktu pagi memang unik. Sebab 4 nada suara bercantum, kejap garau, kejap lembik, kejap slow dan paling kerap putus nafas.

Waktu jadi imam pun bacaan melalut, adab imam untuk solat subuh ialah membaca ayat agak panjang dan berunsur motivasi syurga-neraka/hari pembaIasan (ini yang aku belajar). Maka berterabvr nada baca dengan waqaf ibtida’ ke laut campur nafas tak cukup.

Ayat pun macam tak conf1dent sebab dah terlalu selalu baca qulhuwallah dengan an nas (atau mana-mana yang pendek). Habis solat aku dengan maIu bergerak ke tingkat bawah, kembali ke wad.

Serentak pulak pakcik tua nie jalan sekali, aku maIu dengan bacaan dan suara aku. Tapi dia pandang aku sambil jalan dan cakap (tak boleh diberitahu disini-sangat peribadi)

Bergenang airmata. Sambil jalan aku tengok dia terhenti-henti. Kejap paut kat dinding ambik nafas. Ada sekali dia terjerit “Allah” dengan penuh lemah. Pasti kerana s4kit.

Sed1h sangat. Kembali ke katil, dia berzikir. Sedangkan aku perlu beredar pulang ke rumah untuk rehat. Aku tak sampai hati nak g4nggu dia. Aku cuba tunggu tapi lama sangat. Dia berdoa, kejap dia n4ngis, kejap dia relaks, kejap dia pekup muka kejap dia angkat tinggi.

Akhirnya aku pesan kat abang ipar untuk sampaikan salam pada dia. Nama dia aku tak tau, cuma aku tau dia duduk Pantai Dalam. Kenapa aku tulis sebegini panjang dan kau baca dengan penuh sabar sedangkan orang lain cuma scroll down laju-laju?

Kerana aku harap, perkongsian ini memberikan jariah buat pakcik tua ini, supaya kita belajar sesuatu dan beroleh sedikit kesedaran.

Terima kasih pakcik. Terima kasih Allah sebab temukan kami.

Reaksi warganet (non muslim)

Angela Lichong –Not a muslim but i reading this without skipping any single words. Boleh dijadikan pengajaran kepada semua orang.

Emyliana Pahsy –Saya baca sampai habis walaupun saya bukan muslim, tetapi sememangnya perkongsian yang baik ni.

Viji Gopal –Saya baca sampai habis. All muslims dont forget ur prayers. Prayers gives us longevity, happiness n strength to our daily living n till our death. All religions have their own style of praying. We should obey them n give respect in the sameway. God is always watching us.

Pravena Thanakosdi –He is messenger from god… Adik nie bertuah kerana dapat jumpa orang yang beriman. Jom kita sama-sama dekatkan diri pada tuhan.

Reaksi warganet

Aini Alias Uyun –Allahuakbar, mula2 rasa nk scroll down laju2 tapi Allah jentik hati ni suruh baca satu2 sampai habis aku baca… Subhanallah…

Aidah Abdullah –Tahjud semenjak tahu 73, aku belom lahir lagi masatu. Allahuakbar, semoga dipanjangkan umor pak cik ni.

Puan Alyn –Allahuakhbar.. Mungkin Allah sentuh hati kita tatkala kita baca kisah ni.. Ada yang mengalirkan air mata, ada yang terasa kerdil. Sama seperti apa yang saya rasa saat ni. Malu pada Allah, malu pada diri sendiri.. Takot.. macam macam bermain di fikiran lepas baca kisah ni.

Allahuakhbar.. Memang Allah sentuh hati saya. Jom sahabat, kita Dhuha.. Lupakan dunia buat sementara. Hambakan diri sepenuhnya pada Allah swt si maha pencipta…

 

Sumber : Nik Aziz Afiq via Hit Media

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.