Macau Sc4m: Pegawai bank rvgi hampir RM2 juta

Keluarga Semasa Tempatan

Petaling Jaya: Tindakan pengurus agensi perbankan memindahkan semua wang miliknya ke dalam akaun baharu selepas diarahkan oleh ‘pegawai polis’ mengundang padah apabila wang hampir RM2 juta miliknya les4p dipercayai dit1pu sindiket Macau Sc4m.

Malah, m4ngsa hanya menyedari dirinya dit1pu apabila mendapati semua wang berkenaan yang dipindahkan sejak 6 Mei lalu tiada di dalam akaun bank terbabit selepas membuat pemeriksaan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, m4ngsa berusia 50 tahun menerima panggilan telefon daripada wanita memperkenalkan diri sebagai pegawai polis pada 5.52 petang, 5 Mei lalu.

“Dalam perbualan telefon itu, m4ngsa did4kwa terbabit dengan kes langgar lari yang menyebabkan kematian dan dia menafikan perkara berkenaan.

“M4ngsa juga dimaklumkan bahawa beliau mempunyai rekod berkaitan kes pengubahan wang haram. Pada masa sama, m4ngsa menerima mesej di aplikasi WhatsApp berkenaan w4ran t4ngkap dikeluarkan oleh pihak polis terhadapnya “ katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bank Negara Malaysia | Central Bank of Malaysia

Nik Ezanee berkata, m4ngsa kemudian diminta memberi kerjasama dengan membuka akaun bank baharu supaya wang di dalam akaun milik m4ngsa yang lain dipindahkan ke akaun baharu berkenaan.

Katanya, tindakan itu did4kwa kononnya bertujuan untuk siasatan pihak Bank Negara bagi mengenal pasti sama ada m4ngsa benar-benar terbabit atau tidak.

“M4ngsa yang akur dengan permintaan itu kemudian membuka akaun bank baharu pada 6 Mei lalu dan mengeluarkan semua wang hasil penjualan saham di Singapura, pinjaman peribadi, wang simpanan, wang simpanan tetap serta penjualan polisi insurans miliknya ke dalam akaun baharu terbabit.

“M4ngsa juga diminta supaya tidak membuat sebarang semakan dengan pihak bank daripada Mei hingga September bagi melancarkan siasatan dijalankan pihak Bank Negara.

“Malah, m4ngsa turut dijanjikan akan menerima surat pengesahan sama ada didapati bersalah atau tidak pada penghujung September atau selewat-lewatnya pada awal Oktober ini,” katanya.

Beliau berkata, m4ngsa juga dijanjikan bahawa jika dia tidak bersalah, wang itu akan dikembalikan semula, namun wang berkenaan akan dir4mpas dan menjadi hak milik kerajaan sekiranya didapati bersalah.

“Bagaimanapun, m4ngsa masih belum menerima surat pengesahan seperti dijanjikan sehingga semalam sebelum m4ngsa membuat semakan di cawangan bank tempatan.

“Semakan mendapati wang m4ngsa berjumlah RM1.97 juta sudah dikeluarkan secara berperingkat daripada akaun terbabit,” katanya.

RM93,809 'disapu' sindiket Macau Scam | Harian Metro

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat atau helah daripada pihak tertentu.

“Jangan sesekali panik dan mengikut arahan diberikan pemanggil tanpa menghubungi pihak polis atau institusi kewangan terbabit terlebih dahulu.

“Jangan dedahkan nombor akaun bank, nombor kad ATM atau kad kredit kepada orang tidak dikenali.

“Orang ramai di daerah ini boleh menghubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 sekiranya menerima panggilan telefon seumpama ini,” katanya.

 

Sumber: HMetro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.