“Ses4k & Membimbangkan”- Tular Video Keadaan Sbnar Pusat Kuarntin MAEPS Serdang

Semasa Tempatan Viral

Semalam kita dikejvtkan dengan dengan angka tertinggi positif COVID-19 apabila mencatatkan sebanyak lebih 3,000 kes. Jumlah kes mend4dak naik itu sekaligus mencetvskan keb1mbangan ramai.

Lebih memb1mbangkan apabila tular satu video di Facebook memaparkan keadaan terkini di pusat kuarantin dan rawatan C0vid-19 di MAEPS Serdang yang p4dat dan ses4k dengan pesak1t.

Menerusi perkongsian tersebut, pusat kuarantin itu kini menempatkan mereka yang positif C0VID-19 tahap 1 (tidak bergejala) dan tahap 2 (bergejala ringan).

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa r1sau dengan keadaan di pusat kuarantin berkenaan. Kata netizen lagi, jika keadaan tidak terk4wal, lebih ramai lagi yang akan dijangk1ti w4bak tersebut.

Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa kas1han dengan para petugas hadapan yang kini sedang bertvngkus lumus tanpa mengenal erti pen4t lel4h untuk memvtuskan rangka1an C0vid-19.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan kepada kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan ‘PKP bersasar’ untuk menurunkan jumlah kes.

Ia berikutan sistem penjagaan kesihatan kini berada pada “tahap genting” dan mereka kini sedang berjvang dengan pertambahan jumlah pesak1t.

Sistem kesihatan kita berada ditahap gent1ng, KKM cadang PKP bersasar- Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi peringatan mengenai keadaan w4bak C0vid-19, dengan mencadangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang lebih “disasarkan” untuk mengurangkan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan.

Semasa sidang media petang ini, dia berkata sistem penjagaan kesihatan kini sedang berjuang dengan pertambahan jumlah pesak1t dan sedang berada pada “tahap gent1ng” (breaking point) sekarang.

Hotels doing their part for medical frontliners

“(Ini) kerana kes meningkat setiap hari. Kami mungkin tidak dapat menampung pesak1t di kemudahan kami.

“Kami melihat bagaimana kami dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita. Tetapi yang terbaik adalah bukan hanya meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita … tetapi untuk mengurangkan beb4n,” katanya.

Kata Noor Hisham bukan saja sistem intervensi kesihatan awam seperti pengesanan kontak rapat ditangguhkan, tetapi ia tidak lagi optimal.

MAEPS quarantine centre to receive patients next week | The Star

Katanya, negara kini memerlukan “pemutus litar” (circuit breaker) dan telah mengusulkan supaya kerajaan menerapkan versi ‘PKP bersasar’ untuk menurunkan jumlah kes.

“Ini pendekatan yang lebih bersasar. Daripada (melibatkan) seluruh negara seperti apa yang kita lakukan untuk PKP pada 18 Mac tahun lalu.

“Sekarang saya rasa strategi kita akan berubah – kita akan lebih (melihat keadaan) setempat dan disasarkan daripada segi pelaksanaan. 

“Perbincangan sedang berlangsung dan mungkin kita akan membuat beberapa keputusan secepat mungkin,” katanya.

Daripada pendekatan “satu ukvran sepadan untuk semua” dengan pelaksanaan PKPD tahun lalu, Noor Hisham menjelaskan strategi baru yang dicadangkan itu melibatkan peraturan yang berbeza untuk negeri yang berlainan.

Sekatan perjalanan boleh dikenakan di daerah dengan jumlah jangkitan dan klvster yang tinggi.

“Kami sedang melihat keadaan di negeri hijau dan kuning untuk melihat bagaimana kami dapat melindungi mereka, dan mengawal kes daripada meningkat. Ini sangat penting.

“Bagi negeri zon merah, tindakan lebih drastik akan diambil. Kita mungkin melaksanakan tindakan yang lebih disasarkan di negeri-negeri tersebut dengan melihat klvster-klvster di negeri itu.

“Kami juga akan memperketat kawalan sempadan dengan melarang orang melakukan perjalanan merentas negeri dan daerah berdasarkan perkembangan tren (kes) terbaru,” katanya.

BERNAMA - PKPD Selayang Baru: Kadar pematuhan hampir 100 peratus - Polis

Walaupun begitu, keputusan tersebut tetap menjadi hak prerogatif kerajaan, tetapi Noor Hisham berkata dia yakin kerajaan akan membuat keputusan yang tepat.

Matlamat strategi yang akan datang ini, jelasnya bertujuan untuk mencapai keseimbangan antara keselamatan nyawa dan jaminan mata pencarian hidup.

“Kita perlu menyusun strategi dan melihat perincian lanjut klvster, negeri, dan daerah yang disasarkan.

“Jadi, kami dapat menerapkan strategi kami, dampaknya tinggi (dengan) biaya yang wajar dan hasil yang baik,” katanya.

C0VID-19: Situasi makin meruncing, surat terbuka 46 pakar mer4yu kepada PM

Semalam, tular surat daripada 49 pakar mer4yu kepada PM dengan mencadangkan 10 cadangan dalam mengek4ng pand3mik C0VID-19 yang dilihat semakin merunc1ng di neraga kita.

Kami seperti penama-penama di bawah melihat status terkini w4bak C0vid-19 negara dengan penuh ker1sauan dan keprihatinan.

Pengurusan pandemik C0vid-19 negara memberi gambaran yang suram dan tidak terk4wal.

Walaupun dijalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan intervensi kesihatan yang lain, laporan harian kes masih tidak menunjukkan tren penurunan.

Kadar Insiden Terkumpul (bagi setiap 100,000 penduduk) dan Kadar Kebolehjangkitan (kes aktif bagi setiap 1,000 penduduk) tidak melandai, dengan Kadar Kebolehjangkitan berada pada tahap 0.879 bagi setiap 1,000 penduduk.

Ini bermaksud antara 8 hingga 9 orang telah dijangkiti untuk setiap 10,000 orang.

Kadar Ujian Pengesanan Positif meningkat, berada pada tahap 8.9 peratus pada 3 Januari 2021, jauh mengatasi tanda aras keberkesanan pengawalan pandemik yang ditetapkan oleh WHO pada kadar 5 peratus.

Izinkan kami mengusulkan 10 cadangan tindakan segera bagi menghindari C0vid-19 di Malaysia sebelum ia menjadi lebih kritikal.

Malaysia's Pahang state records a surge in Covid-19 cases driven by new prison cluster, SE Asia News & Top Stories - The Straits Times

10 cadangan tindakan segera bagi menghindari C0vid-19 di Malaysia

Pertama, meningkatkan ujian pengesanan secara bersasar, besar-besaran dan lebih kerap menggunakan rapid antigen test kits (RTK-Ag) yang lebih mudah, murah dan pantas daripada PCR, untuk merencatkan penularan jangkitan C0vid-19.

Kedua, diagnosis awal RTK-Ag dalam tempoh masa kurang daripada 24 jam membolehkan isolasi serta merta dan membantu pengesanan kontak dengan segera.

Ketiga, pengesanan kontak menggunakan aplikasi digital mempercepatkan proses pengesanan. Disamping itu, teknologi data sains dan machine learning boleh dimanfaatkan untuk mencari kawasan sasaran untuk saringan dijalankan. Hanya melalui respon segera Find-Test-Trace-Isolate (FTTI) ini sahaja boleh memecahkan kluster C0vid-19 dan seterusnya mengurangkan penyebaran sporadik virus ini.

Keempat, dengan program ujian yang bersasar dan besar-besaran ini kes C0vid-19 dijangkakan akan meningkat. Maka untuk melindungi kapasiti penjagaan kesihatan negara, kami menganjurkan kes klinikal tahap 1 dan 2 diisolasikan di rumah dengan garis panduan yang jelas daripada MOH.

Tahap kesihatan mereka boleh dipantau secara harian dengan aplikasi digital, disokong dan dibantu oleh komuniti setempat dan penghantaran segera ke hospital C0vid-19 bagi kes yang semakin merosot.

Kelima, kita mestilah melindungi kecemerlangan perkhidmatan kakitangan medikal dihospital C0vid-19 kerajaan dengan memindahkan semua pesakit bukan C0vid-19 ke hospital kerajaan dan swasta yang tidak merawat pesakit C0vid-19.

Ini membolehkan mereka menumpukan perhatian kepada kes C0vid-19 yang serius dan tidak terganggu dengan kes C0vid-19 yang tiada bergejala atau gejala kecil sahaja.

Keenam, memberi sokongan kepada industri yang penting untuk keutuhan ekonomi negara dengan program kesihatan awam yang berupaya mengurangkan 3Cs.

Inisiatif POIS (Preventing and early detection of Outbreaks at Ignition Sites) adalah kerjasama pihak kerajaan, sektor swasta dan NGO yang menekankan pengesanan awal, peningkatan kesihatan umum dan pendidikan kesihatan majikan industri dan pekerja asing.

Inisiatif POIS yang dibangunkan dengan konsultasi antara industri dan WHO boleh digunapakai di pelbagai tempat sebagai alat operasi kesihatan awam. Ia merangkumi pendekatan whole-of government dan whole-of-society.

Ketujuh, inisiatif sebegini juga perlu dilaksanakan di kawasan panas w4bak C0vid-19 yang lain, seperti di penjara dan pusat tahanan.

Kelapan, mempercepat proses pengawalseliaan imunisasi, sebaik sahaja dos pertama vaksin tiba di lapangan terbang.

Makluman awal kepada rakyat berkaitan pencegahan C0vid-19 dan membendung berita palsu mengenai vaksin akan memperkasakan rakyat dengan informasi dan persetujuan ketika C0vid-19 vaksin tiba.

Selain keutamaan diberikan vaksin kepada kumpulan berisiko tinggi, pertimbangan harus diberikan juga kepada golongan pekerja asing diindustri dan komuniti orang pelarian yang merupakan lubuk penyakit berjangkit.

Kerajaan mesti menetapkan kos vaksin yang tidak melebihi RM100 bagi setiap dos bagi mereka yang mendapatkan suntikan di klinik swasta dan ujian RTK-Ag mesti tidak melebihi RM100 bagi setiap ujian untuk memastikan rakyat mampu menampung kos vaksin dan ujian dan negara mencecah liputan vaksin dan ujian yang tinggi yang bakal melindunginya daripada ancaman C0vid-19 yang berterusan

Kesembilan, membentuk suatu pasukan petugas khas C0vid-19 yang keahliannya terdiri daripada pakar perubatan, ekonomi dan pelbagai sektor yang berkaitan perlu dibentuk dengan kadar segera untuk menyediakan khidmat nasihat kepakaran dan menyelaraskan respons pelbagai kementerian dan agensi didalam kerajaan untuk membenteras pandemik C0vid-19.

Pasukan petugas khas C0vid-19 akan memacu negara keluar dari w4bak ini dengan kerap mengemukakan cadangan dan odit kepada kabinet, dan menekankan unsur-unsur memelihara nyawa, kesihatan fizikal, emosi dan mental rakyat jelata dan juga memelihara kesihatan ekonomi negara.

Untuk memastikan kebebasan pasukan petugas khas C0vid-19, pemilihan ahli perlulah dilakukan oleh, Persatuan Perubatan Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, Persatuan Pakar Kesihatan Awam Malaysia dan Persatuan Pakar Kesihatan Hospital Swasta Malaysia.

Kesepuluh, jangan mempolitikkan pendemik ini, sebaliknya mendapatkan konsensus bipartisan dan pendekatan untuk melandaikan lengkuk pandemik, mempercepatkan usaha untuk mencapai imuniti komuniti untuk membentuk perlindungan masyarakat didalam rangka untuk wujud bersama (co-exist) dengan koronavirus.

Mengadakan PRU15 semasa peningkatan w4bak yang tidak terkawal akan membawa bencana seperti apa yang telah terberlaku di PRN Sabah.

Ini adalah pengurusan kesihatan awam yang asas di mana kami percaya YAB Tan Sri akan mempertimbangkan segera dan memandang serius untuk mengurangkan akibat yang tidak diingini berikutan w4bak itu, untuk melindungi nyawa dan mata pencarian rakyat, dan memulihkan semula ekonomi Negara kita.

Surat terbuka ini disokong oleh individu berikut, mengikut urutan abjad:

  1. Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman (Former Director- General of Health)
  2. Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman (Secretary General, Federation of Islamic Medical Associations)
  3. Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman (Professor of Medicine, Universiti Malaya)
  4. Prof Dr Ahmad Hata Rasit (Deputy Vice Chancellor and Consultant Orthopaedic Surgeon, Universiti Malaysia Sarawak)
  5. Dr Ahmad Munawar Helmi bin Salim (Immediate Past Chairman, Islamic Medical Association Response & Relief Team)
  6. Dr Azhar Abdul Aziz (Consultant Emergency Physician)
  7. Dato’ Dr Amar-Singh HSS (Consultant Paediatrician)
  8. Prof Dato’ Dr Azizi Haji Omar (Past President Malaysian Paediatric Association)
  9. Datuk Dr Christopher Lee (Former Deputy Director-General of Health (Research & Technical Support)
  10. Dr Dhesi Baha Raja (Consultant Public Health Physician & Chief Medical & Innovation Officer of AinqaHealth)
  11. Dr Gunasegaran PT Rajan (Past President, Obstetrical & Gynaecological Society of Malaysia)
  12. Dr Hung Liang Choo (President, Malaysian PaediatricAssociation)
  13. Dato’ Dr Jahizah Hassan (President, College of Anaesthesiologists)
  14. Dr Jeffrey Abu Hassan (Immediate Past President, Islamic Medical Association Malaysia)
  15. Dr Johari Bux (Past President, Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia)
  16. Emeritus Prof Jomo Kwame Sundaram (Former United Nations Assistant Secretary General)
  17. Dr Khor Swee Kheng (Independent Consultant, Health Systems and Policies, Consultant in Health Policies, and Malaysian Health Coalition)
  18. Datuk Dr Kuljit (President, Association of Private Hospitals Malaysia)
  19. Dr Lim Teck Onn (Former Director, Clinical Research Centre MOH)
  20. Prof Datuk Dr Lokman Hakim bin Sulaiman (Pro-Vice Chancellor (Research) International Medical University and Former Deputy Director General of Health-Public Health)
  21. Dr Mary Suma Cardosa (Past President, Malaysian Medical Association)
  22. Dr Milton Lum (Past President, MMA and Federation of Private Medical Practitioners Association Malaysia)
  23. Asst Prof Dr Mohammad Farhan bin Rusli (Consultant Public Health Physician, International Islamic UniversitiMalaysia)
  24. Datuk Prof Dr Mohamed Hatta bin Shaharom (President, Malaysian Society of Psychospiritual Therapy)
  25. Dr Mohammad Iqbal Sarwar (Consultant Paediatrician, KPJ Damansara Specialist Hospital)
  26. Dr Mohamed Namazie Ibrahim (Past President, Malaysian Medical Association)
  27. Dr Muhamad Yusri Musa (President, Islamic Medical Association Malaysia)
  28. Dato’ Dr Musa Mohd Nordin (Chairman, Advisory Council, Federation of Islamic Medical Associations)
  29. Dato’ Dr Narimah Awin (Former Director of Family Health Development)
  30. Prof Dr Norlisah Mohd Ramli (President, College of Radiology of Malaysia)
  31. Associate Prof Dr Pang Yong Kek (Respiratory Consultant, Universiti Malaya Medical Centre)
  32. Prof Dr Roslina Abdul Manap (Scribe, Academy of Medicine of Malaysia)
  33. Prof Dr Rosmawati Mohamed (Master, Academy of Medicine of Malaysia
  34.  Dr Sevellaraja Supermaniam (Past President, Asia Pacific Association of Gynaecological Endoscopy and OGSM)
  35. Puan Shariah Asiah (President, Malaysian Nursing Association)
  36. Dato’ Dr Sivamohan Namasivayam (Board Member, Association of Private Hospitals Malaysia)
  37. Dr Steven Chow (President, Federation of Private Medical Practitioners Association Malaysia)
  38. Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy (President, Malaysian Medical Association)
  39. Dr Tang Boon Nee (Past President, Obstetrical and Gynaecological Society Malaysia)
  40. 40. Dr Teoh Siang Chin (Past President, Malaysian Medical Association, Former Melaka State Health Director)
  41. Prof Dr Wan Ariffin Abdullah (Past President, Malaysian Paediatric Association)
  42. Dr Yap Wei Aun (Consultant Public Health Physician)
  43. Dr Yolanda Augustin, Oncologist and Healthcare Activist, St George’s University of London
  44. Dato’ Dr Zainal Ariffin bin Omar (President, The Malaysian Public Health Physicians’ Association)
  45. Dato’ Dr Zainudin bi Md Zin (Chairman Lung Foundation of Malaysia, Past President of College of Physicians Malaysia)
  46. Datuk Dr Zulkifli Ismail (Secretary General, Asia Pacific Pediatric Association)

 

Sumber: Facebook , Gulapop, Mkini, BERNAMA

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.