Manfaatkan Ruang, Dapur Sempit Bertukar Menjadi Ala Farmhouse Hasil Kreativiti Wanita Ini.

Nak rajin memasak, dapur kena cantik dan kemas. Barulah mood nak masuk itu akan ‘MARI’ tanpa dipaksa-paksa.

Tak perlu beli barang mahal pun, dapatkan barang-barang di Eco macam Puan Noor Hafiza Mohamad ini pun dah cukup puas.

Jom tengok, barang apa yang dia guna di dapur kecilnya sampai hasilnya stor dah bertukar jadi pantry ala FARMHOUSE.

Rumah flat 805 sq ft yang disewa Puan Zaza sejak 2013 ini mempunyai 3 bilik, 1 bilik air dan tandas di dapur. Jom tengok dekorasi menarik dari kediaman Puan Zaza yang cukup kreatif hias rumahnya dengan warna pilihan iaitu putih dan hitam.

Nampak tak, setiap balangnya ada sticker yang bertulis bahan apa yang diisi. Menarik, bukan?

Ok, kebanyakan rak dan jar dibeli dari IKEA, Kaison, Mr Diy, Daiso.

Puan Zaza juga cukup suka hack barang IKEA, bukan beli sekali gus tetapi dia beli sikit-sikit dan deko ikut ruang ke ruang. Nah, tengoklah hasilnya.

Haaa… nampak tak banyak periuk belanga macam mak-mak. Ceritanya, sebenarnya ini pun dah banyak kali percubaan nak susun semua periuk dan kuali supaya nampak kemas dan senang untuk digunakan.

Jangan tak tahu, hasil hiasan di rumahnya semua Puan Hafiza buat sendiri termasuk tampal wallpaper dan mengecat. Cuma kerja-kerja drill saja suami tolong buat.

Ini Dia Harga Dan Senarai Barang IKEA Yang Digunakan Dalam Pantry Farmhouse

1. Rak buku GERSBY RM121

2. Jar kaca KORKEN RM11

3. Balang plastik DRY FOOD JAR RM14

4. Balang kaca FORVAR RM6.50

balang kaca

5. Rak VARIERA RM9.30

rak ikea

On ke tak on? Kalau dah berkenan, kena mula kumpul perlahan-lahan barang yang patut ada di dapur. Nanti baru fikir nak letak mana, janji bahan di dapur senang nak diguna dan nampak kemas.

Semoga mak-mak ‘gemuk hati’ untuk teruskan niat hias dapur!

Sumber : mingguanwanita.com

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf