”Manusia Normal Mesti Ada Leher.. Ayah Ni, Muka Dagu Terus Badan.. Leher Takde..” Komen Isu Bunian, Netizen Bahan Rani Kulup

Hiburan Semasa

Jika sebelum ini admin pernah keluarkan artikel tentang orang lelaki lebih menjadi pilihan bunian untuk ditarik ke alam ghaib dan bukannya perempuan.

Dalam artikel itu admin menyentuh sebab kenapa jin tidak tertarik dengan manusia (perempuan) antaranya kerana jin-jin betina jauh lebih cantik berbanding manusia biasa. Tidak merujuk kepada kejadian yang berlaku kepada Acap, namun artikel tersebut lebih kepada perkongsian info.

Bagaimanapun, kisah Acap yang hangat diperkatakan ini telah mendapat reaksi dari page ‘troll’ terkenal iaitu Ayahanda Rani Kulup.

Siapa sangka Rani Kulup turut memberi pendapat beliau sendiri tentang kenapa perempuan tidak bunian lelaki.

Berikut status ‘troll’ yang dimuat naik oleh Rani Kulup

Misteri alam bunian. Kenapa lelaki selalu dipilih, bukan perempuan. Perempuan tidak dipilih oleh bunian lelaki disebabkan

– hantaran mahal

– tak tahu masak

– selfie 24 jam

– nak lelaki kaya saja. Sedangkan diri sendiri tak ada apa yang boleh dibangangkan

Rata-rata netizen dan pengikut sejati Ayahanda Rani Kulup terhibur dengan ‘troll’ terbaru yang dianggap kelakar. Ada juga yang beranggapan ianya ‘lawak kasar’.

Walau apapun, admin turut berasa terhibur dengan status Ayahanda itu terutama sebab yang last tu, memang padu betul hahaha.

Komen netizen ‘membahan’ Rani Kulup

Netizen turut memberi reaksi dengan meninggalkan pendapat masing-masing di ruangan komen.

” Kalo muka pecah restoran mcm ni jgnkan bunian,jin toncet pn xnak..ko elok jd penunggu kandang kambing je lop” , komen seorang netizen

” Ayah pun dari spesis bunian kan.? Sbb manusia normal mesti ada leher.. ayah ni, muka dagu terus badan.. leher takde..”

” Kau tunggu yah kejap lagi kau kompom kena serang dengan makhluk yang sentiasa nak betul.. hahaha”

 

” Kalau macam ayah pon bunian tak pilih yah, sebab mereka tertanya tanya, “manusia ke syaitan ni”

” Marah nya yah..tak pyh marah-marah yah sedia maklum orang taw ayah mmg tak ada orang nak pun klu bagi free sekali pun..”

Ciri lelaki bagaimana biasanya jadi pilihan?

Dalam perkongsian menerusi artikel terdahulu, dikatakan bukan calang-calang lelaki yang bunian pilih. Ada golongan-golongan tertentu sahaja. Malah ada juga sebab-sebab tertentu kenapa mereka pilih golongan ini.

“ Jin ini juga biasanya amat menyukai kanak-kanak yang belum baligh atau belum disunatkan kerana pada pandangan mereka, “usia ini belum kotor”. Sama juga bayi dalam kandungan turut menjadi pilihan jin-jin ini.”

“ Dunia bunian dipenuhi dengan segala bentuk kemewahan. Biasanya bagi jin Islam, kehidupan mereka jauh lebih zuhud dan tidak memandang kebendaan seperti emas, wang ringgit seperti mana kehidupan manusia yang memandang kebendaan sebagai faktor utama.”

“ Biasanya lelaki yang menjadi pilihan orang bunian, adalah lelaki yang baik-baik terutama hati budinya. Lelaki ini biasanya golongan yang sangat rapat dengan emak mereka, hati lurus, amat baik ilmu agamanya untuk dijadikan sebagai pasangan hidup atau berkahwin dengan mereka di alam bunian.”

“ Biasanya inilah ciri-ciri lelaki yang mereka mahukan dan sebab itulah juga lelaki selalu menjadi pilihan untuk dipilih berbanding perempuan.”

 

Sumber : page Ayahanda Rani Kulup Official via rimbabara.tq