Ibu k0ma selepas sebulan bersaIin mninggal dunia

Keluarga Tempatan Viral

KUALA TERENGGANU – Ibu kepada tiga cahaya mata yang k0ma selepas sebulan melahirkan anak ketiga mninggal dunia Khamis lalu.

Marihah Husin, 35, yang juga warga Kemboja menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11 pagi selepas mengalami kesvkaran bernafas.

Suaminya, Hussain Muddasar, 34, berkata, dia menguruskan isteri termasuk menukar lampin kira-kira jam 8 pagi sebelum dilihat sukar bernafas kira-kira jam 10 pagi.

“Saya terus menelefon ambulans tetapi dia mninggal dunia sebelum ambulans tiba,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Image result for Hussain Muddasar, 34

Allahyrham Marihah sebelum ini mengalami k0ma selama tiga bulan selepas terjatvh di dapur kira-kira jam 3 pagi ketika mahu menyediakan susu untuk anaknya.

Jenzahnya dikebumikan di Tanah Perkvburan Taman Sri Manir, di sini Khamis lalu.

Sementara itu, Hussain yang juga warga Pakistan berkata, dia akan terus berusaha menjaga dan membesarkan ketiga-tiga anaknya sendiri walaupun ada yang meminta kebenaran untuk menjadikan anak bongsunya yang berusia empat bulan sebagai anak angkat.

“Saya ingin membesarkan mereka sendiri. Sebolehnya saya tidak mahu memisahkan mereka bertiga. Biarlah membesar bersama-sama,” katanya.

Hussain turut menyatakan hasrat untuk berpindah berdekatan kediaman saudara isterinya kerana bimbang tiada siapa menjaga anaknya.

Hasil perkongsian hidup Hussain bersama Marihah sejak 15 Mac 2014 dikurniakan dua lagi sahaya mata berusia lima dan tiga tahun.

Suami bvntu, isteri k0ma selepas sebulan bersal1n

Marihah bersama tiga anaknya yang dirakam sebelum koma dan (gambar kanan) Marihah bersama cahaya mata ketiganya yang kini telah berusia empat bulan.

Seminggu lalu, kisah mereka pernah disiarkan portal media Sinar Harian. Bapa kepada tiga anak di Taman Sri Manir, di sini bvntu memikirkan cara untuk menguruskan kehidupan setelah isterinya k0ma selepas sebulan melah1rkan cahaya mata ketiga.

Hussain Muddasar, 34, berkata, isterinya, Marihah Husin, 35, telah masuk tiga bulan k0ma dan pernah dir4wat selama dua bulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Ketika dua bulan isteri saya di hospital, saya ada masa untuk keluar berniaga nasi briyani di tepi jalan bagi mencari sumber rezeki.

“Kini sudah hampir sebulan selepas dia dibenarkan pulang ke rumah, saya tidak boleh ke mana-mana kerana perlu menjaganya setiap masa,” katanya kepada Sinar Harian.

Hussain berkata, dia perlu menukarkan lampin pakai buang isterinya bagi memastikan sentiasa dalam keadaan bersih serta memberinya susu setiap empat jam sekali melalui tiub yang dipasang pada rongga hidung.

“Sekarang isteri saya hanya diberi minum susu melalui tiub yang dipasang pada saluran hidung manakala bahagian leher pula ditebvk untuk saluran pernafasan.

“Semuanya saya uruskan termasuk menguruskan anak-anak yang masih kecil memandangkan kami tiada siapa-siapa,” katanya.

Menurut Hussain, dia juga bvntu memikirkan untuk mencari sumber kewangan malah sewa rumah yang didiaminya dengan kadar bayaran RM450 sebulan juga pernah tertunggak sehingga tiga bulan.

Menceritakan keadaan isterinya sebelum koma, Hussain berkata, isterinya reb4h di dapur ketika ingin menyediakan susu untuk anak mereka pada November tahun lalu.

“Sekitar jam 3 pagi saya dengar bayi kami yang ketika itu berusia hampir sebulan menangis. Saya segera ke bilik dan melihat bayi keseorangan.

Saya bergeg4s mencari isteri di bahagian dapur dan mendapati dia sudah tidak sed4rkan diri. Ketika di hospital, doktor memberitahu bahagian sebelah kanan badan isteri saya lvmpuh manakala terdapat urat pada bahagian kep4lanya yang pec4h.

“Isteri saya ketika itu ada mengalami penyak1t d4rah tinggi dan kencing manis. Ketika itu bacaan tek4nan d4rah tingginya melebihi 200,” katanya.

Tambah Hussain, sebelum ini dia pernah memohon bantuan namun hampa memandangkan dia bukan warganegara manakala isterinya pula pemegang kad pengenalan Malaysia bagi kategori pemastautin tetap (warga Kemboja).

“Isteri saya dilah1rkan di sini (Malaysia) di mana ibunya berketurunan Melayu manakala bapanya orang Kemboja. Kedua orang tuanya sudah mninggal dunia. Saya pula bukan warganegara dan telah 12 tahun menetap di sini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian, Cempedak Cheese

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.