Tak mahu suami orang, Mas Idayu dah terbuka hati untuk berkahwin lagi

Hiburan Keluarga Viral

Nama penyanyi dangdut popular, Mas Idayu bukan lagi asing dalam industri seni Tanah Air. Kini, kehadirannya dalam dunia hiburan banyak menjadi juri dalam pertandingan nyanyian berikutan komennya yang begitu telus buat para peserta.

Namun begitu, kehidupan peribadinya yang sudah 15 tahun bergelar ibu tunggal juga turut menjadi perhatian media kerana dilihat seakan selesa hidup sendiri bersama anak tunggal tersayang.

Saya marah sebab sayang dia - Mas Idayu

Mahu ada peneman hidup

Menerusi temu bual bersama Mstar, Mas Idayu mengakui bahawa dirinya terbuka hati untuk mengakhiri zaman solo kerana mahu mempunyai peneman hidup yang dapat bersamanya hingga akhir hujung nyawa.

Berbelas tahun hidup solo tanpa teman hidup, tahun lepas hati saya terbuka untuk ada seseorang yang akan menemani hari tua. Terdetik di hati saya untuk menerima lelaki dalam hidup.

“Buat masa ini sejujurnya saya memang masih belum jumpa, tak tahulah siapa bakal j0doh itu, mungkin mereka tak ber4ni nak berkawan dengan saya.

“Orang selalu tengok karakter saya di televisyen nampak g4rang dan beng1s tapi kalau orang yang kenal saya secara peribadi mereka tahu saya bukan begitu,” katanya.

Tak nak suami orang

Walau bagaimanapun Mas Idayu akui men0lak mereka yang bergelar suami orang andai mahu memulakan hvbungan serius. Namun dia tidak kisah mengenai latar belakang lelaki tersebut termasuk asal tempat tinggalnya.

“Bukan senang nak memilih lelaki menjadi suami, banyak yang kita kena pert1mbangkan, cuma ada masa saya jadi t4kut sampai rasa was-was apabila ada orang nak kenal.

“Saya tak kisah mengenai latar belakang suami, asalkan masing-masing ada keserasian, memahami yang paling penting dia bukan suami orang. Kalau lelaki itu orang seberang pun saya okay sahaja,” katanya.

Untuk rekod, Mas Idayu pernah berkahwin dengan aktor terkenal, Aman Gaseka dan bercer4i sekitar tahun 2006. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Dayini Ashiqah yang kini sudah berusia 23 tahun.

 

Sumber: Mstar (Qarami Hashim), OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.