“Mase Takde Job , Aku Ambik Upah Buat Siling Rumah”- Di Kritik Malas Bekerja, Reza Hasbi Kongsi Video Kerjanya Di Kampung.

Lawak & Seram

LUAHAN pelakon Reza Hasbi yang tidak menerima tawaran berlakon hingga menjejaskan pendapatannya untuk menyara keluarga menerima pelbagai reaksi netizen.

Malah rata-rata mempertikaikan niatnya untuk meminta bantuan zakat kerana beranggapan dia seorang yang pemalas dan sekadar mahu bergantung harap kepada dunia hiburan.

Enggan membiarkan netizen terus menghinanya tanpa mengetahui situasi sebenar, Reza atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Habullah, 30, berkongsi mengenai pekerjaan sampingan yang dilakukan demi mencari rezeki.

Aku tak malu dgn kehidupan aku seperti mereka perkatakan.. walaupon aku artis tapi aku sedar dimana aku dulunya..

aku maafkan mereka yg memperlekehkan kehidupan aku.. ni mase aku takde jop sebelom pose hari tu.. aku ambik upah buat siling rumah org..

nampak tak atas kepala aku tu.. itu la hasil tangan aku.. aku tak malu berpakain seperti itu..

aku tak malu badan aku bau ketiak.. aku cari rezeki utk anak isteri aku..

jgn disbbkan perkataan aku rase mcm nk mintak zakat korg memaki hamun aku ikut sesuka hati.. aku maafkan dgn senang hati sbb ramai sangat yg nembantu dan mendoakan aku.. sayang korang semua

 

View this post on Instagram

 

Kalau aku takde shooting ni la keje aku.. mybe same mcm bangla.. tpi xpe.. demi sesuap nasi..🤗🤗🤗🌄🌄🌄

A post shared by Reza Hasbi Official (RH) (@reza.hasbi) on

Reza sebelum ini menerusi laporan mStar pada Jumaat mendedahkan dia berhadapan dengan situasi memeritkan apabila terpaksa meminta ihsan ibu bapa demi meneruskan kehidupan.

Menurutnya, perkara itu terjadi disebabkan lebih dua bulan dia tidak menerima mana-mana tawaran berlakon.

 

Sumber: ig rezahasbi

sumber: mstar via erakini