Mata Alina Hassan Dah Pulih – “Terima Kasih Siti Sarah & Shuib, Hanya Allah Yang Membalas Jasa Baik Kalian…”

Hiburan Keluarga Tauladan

Penyanyi Alina Hassan mengucapkan terima kasih kepada pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib kerana membiayai pembedahan membu4ng katarak di matanya.

Alina berkata, tidak terungkap dengan kata-kata pertolongan yang dihulurkan oleh kedua-dua suami isteri itu, melainkan rasa syukur kepada Allah SWT.

Alina Hassan Seb4k Siti Sarah Taja Pembedahan

“Saya bersyukur atas rezeki yang diberikan. Sebelum ini, saya turut berusaha mengumpul wang sedikit demi sedikit demi memulihkan masalah mata kanan yang sudah hampir 10 tahun saya alami.

“Saya rasa speechless, bila pihak pengurusan Sarah, Indigital melayangkan mesej kepada saya dan mengatakan Sarah mahu menaja saya. Betul ke ni?

“Tapi saya tak terkejut kerana selama mengenali Sarah, dia seorang wanita yang gemar membantu orang, sebab itu rezekinya murah dan tidak pernah putus-putus, katanya.

“Tidak terungkap dengan kata-kata…Saya bersyukur kerana Allah SWT datangkan insan berhati mulia kepada saya.

“Saya tak pernah terfikir masalah penglihatan ini akan pulih seperti dulu, terima kasih Siti Sarah Shuib. Semoga Allah berikan rezeki yang berlipat ganda buat mereka,” katanya.

Sebak Kemurahan Hati Siti Sarah – TVS-TVSARAWAK

Alina sebelum ini mengalami masalah selaput mata atau katarak sehingga menjejaskan penglihatan dan mendapat rawatan dari klinik mata milik Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.

Ditanya mengenai kos rawatan kos rawatan membu4ng katarak mata kanannya itu, Alina berkata, dia tidak pasti mengenai perkara berkenaan.

“Saya tidak tahu tetapi pastinya ia menelan belanja yang tinggi,” ujarnya.

Dalam pada itu Alina berkata, pembedahan tersebut merupakan yang kedua selepas melakukan proses pembvangan katarak untuk mata sebelah kiri pada 2017.

Dalam pada itu, Sarah yang turut hadir menemani Alina pada sesi awal rawatan itu turut berharap agar proses pembedahan dipermudahkan.

Reaksi Siti Sarah

Siti Sarah tanggung kos pembedahan mata Alina Hassan – Lubuk Maklumat Press

“Saya hanya berharap dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan. Insya-Allah, jika penglihatannya lebih baik, banyak perkara lain yang dia boleh lakukan selepas ini. Saya doakan moga dia berjaya dunia akhirat.

“Saya seb4k sebab bila melakukan sesi ini dan bertemu dengan Prof Muhaya, kita semua yang berada di sini mungkin akan lebih sedar, betapa pentingnya sepasang mata.

“Dengan matalah kita nak membaca ayat suci al-Quran serta melakukan segala kebaikan yang lain.

“Saya doakan prosedur pembedahannya minggu depan dipermudahkan dan moga kesihatannya juga bertambah baik, Insya-Allah,” katanya.

Alina juga turut memaklumkan bahawa masalah katarak mata ini sejak tahun 2011 lagi. Masa itu saya bertugas sebagai pengawal keselamatan di KLCC.

“Masa masuk Kilauan Emas, dua-dua mata ini tak dapat melihat dengan jelas…Alhamdulillah, pada 2017 ada rezeki lebih saya bu4ng katarak mata kiri dahulu,” katanya.

Alina Hassan kini menghuni bilik kecil

Tolong beri saya rumah, bukan nak percuma tapi sewa' - Alina [METROTV] | Harian Metro

TERDAHULU, kisah selebriti Aliha Hassan kembali tular apabila video beliau hanya mampu menyewa bilik kecil untuk berteduh dan berasa bersyukur walaupun kehidupan sebegitu.

Juara program Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018 ini menghuni bilik berkeluasan 1.5 meter X 2.4 meter di sebuah rumah kedai di Setapak, Kuala Lumpur sejak setahun lalu.

Bagaimanapun, Alina yang popular menerusi lagu Gelombang dan Dingin tidak kesal dengan suratan nasibnya, malah dia puas hati kerana tidak meminta-minta dan bebas daripada hutang.

Rakaman video keadaan bilik dihuni Alina itu diterima Harian Metro, baru-baru ini. Video berdurasi 21 saat itu memaparkan keadaan bilik Alina yang sempit tanpa sebarang perabot. Ia hanya dilengkapi sebuah kipas meja dan tilam serta bantal.

Alina ketika dihubungi berkata, buat masa ini hanya bilik itu saja yang mampu disewanya.

“Video itu sebenarnya diambil penyanyi Safura. Dia datang ketika ulang tahun kelahiran saya Isnin lalu dan kami pergi makan bersama.

“Dia antara kawan baik saya sejak dulu. Selepas makan dia hantar saya balik dan kemudian meminta izin untuk melihat bilik saya dan merakam video.

“Tujuannya baik kerana nak minta tolong beberapa pihak seperti Presiden Konsortium Irama, Ayob Majid bantu saya dapatkan rumah,” katanya kepada Harian Metro.

Malaysiakini - Alina dah boleh berteduh di rumah PPR

Alina berkata, dia memang memerlukan sebuah rumah dan sudah lama memohon menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, namun tiada sebarang maklum balas.

“Saya asyik buat rayuan sahaja. Datang tanya, tapi disuruh tunggu. Jadi, saya lihat permohonan saya memang perlukan sokongan daripada pihak tertentu.

“Saya tak malu jika video ini ditonton pihak lain. Ini saja yang saya termampu setakat ini. Bukan tak perlu simpati dan memang setiap kita perlukan rumah.

“Safura sendiri tak boleh tidur fikirkan nasib saya. Sudah lebih setahun mohon rumah tapi belum dapat. Saya reda kerana Allah dah aturkan kehidupan ini untuk saya. Rasanya ada lagi yang lebih teruk ujiannya daripada saya,” katanya.

Alina yang berasal daripada Melaka mengakui, anak-anaknya yang kini tinggal dengan bekas suami juga tidak tahu dia tinggal dalam keadaan begini.

“Sebelum ini saya enggan bercerita berkenaan anak-anak kerana tak nak mereka terkesan dengan apa yang berlaku kepada ibunya.

“Saya kasihankan mereka dan tak nak mereka sedih. Alhamdulillah anak-anak saya terang hati dan mereka sangat berdisiplin. Mereka tak campur perkara yang bukan-bukan serta tak elok.

“Syukur Allah berikan saya anak-anak begini. Anak kedua, Mohd Alif, 19, menghidap autisme dan asyik berzikir tanpa mengira masa walaupun dalam kereta atau di mana-mana,” katanya.

Menurut Alina, Mohd Alif tidak mahu bercakap dalam bahasa Melayu dan lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi.

Alina mempunyai empat anak tetapi anak sulungnya sudah mninggal dunia. Anak ketiganya Mohd Amin, 18, akan mendaftar masuk di sebuah universiti pada Ogos nanti manakala anak bongsu, Mohd Azam, 15, sedang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Terdahulu, kisah Alina tular apabila meneruskan kehidupannya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu dengan mengambil upah membeli barangan keperluan harian bagi penduduk di sekitar tempat tinggalnya.

Sebelum PKP dilaksanakan, Alina bekerja mengambil upah mencuci dan melipat pakaian serta mengasuh selain masih menerima undangan nyanyian.

 

Sumber: Gempak, Harian Metro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.