” Memalukan kau ni ..sebijik perangai Ernisha ” – Emma Gigih Balas Komen Satu Persatu ,Mohon Maaf Pada Peminat.

Hiburan

Pelakon cantik Emma Maembong tampil membuat permohonan maaf di ruangan Instastory dan juga di status IGnya berhubung gambarnya tidak bertudung yang tular hari ini.

Kata Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, dia akui lalai dan khilaf itu datang daripada dirinya sendiri.

“Ramai yang tanya kenapa saya minta maaf dekat netizen, pergi minta maaf dekat Allah.

“Betul cuma kalau saya minta maaf dekat Allah bukan korang nampakkan. Sebab itu saya minta maaf juga dekat semua netizen.

“Memang salah saya dan saya mintaa maaf. 

“Jangan salahkam kawan-kawan atau salahkan sesiapa. Sebab semua ini datang dari diri saya sendiri.

“Memang salah saya. Saya yang terlalai,” tulisnya.

Sementara itu  Abang kepada Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, 30, mengakui lelaki yang mirip wajahnya dalam keping gambar yang tular hari ini adalah dirinya.

Syed bagaimanapun menafikan bahawa wanita yang duduk di celah kangkangnya pelakon Emma Maembong.

“Ya, lelaki dalam kedua-dua gambar adalah saya tetapi wanita yang bersama saya di dalam bilik itu bukan Emma seperti yang didakwa.

“Itu adalah wanita lain dan gambar tersebut diambil kira-kira empat tahun lalu,” katanya memetik laporan MHE TV.

Namun, Syed akui wanita yang kelihatan menerusi gambar yang diambil dalam sebuah restoran adalah Emma.

Jika di intai komen-komen yang diberikan ternyata ramai peminatnya kecewa dan tidak kurang yang mengecam. Namun Emma telah membalas satu persatu komen tersebut dengan permohonan maaf

 

 

sumber : Astro gempak edit by hiburan media terkini.