” Memang Suka Post Gambar Tak Senonoh Macam Ni Ke..” Kongsi Gambar Bersama Patung, Azad Jasmin & Eira Syazira Dikritik.

Hiburan

Pasangan pelakon Azad Jasmin dan Eira Syazira telah menerima kritikan peminat setelah berkongsi gambar bersama sebuah patung.

Menerusi entri di Instagram (IG), Eira berkongsi gambar Azad dengan kelakuan yang tidak menyenangkan pengikutnya.

“Adoih laki aku ni. Ini yang dikatakan Art ka daddy. hahahahaha. You ni mad la sayang. @azadsyazirarose The Art Of Punai. hahahaha.

“The Art Of ‘buah nyok’ kata laki akuuuu hauwau,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata mengkritikan tindakan yang dilakukan oleh Azad dan berharap mereka lebih berhati-hati.

Azad dan Eira berkahwin pada tahun 2012 serta dikurniakan tiga cahaya mata, Amarra Sofea Rose, Ameisya Leanne Rose dan Areisya Suri Rose.

sumber : Astro Gempak