Menang Kategori ‘Selebriti Seksii Anugerah EH’, Mungkinlah Yang Seksi Kening & Mata Saya- Remy Ishak.

Baru sahaja memenangi kategori Selebriti Lelaki Seksi di Anugerah Stail EH! 2019Remy Ishak terkejut dengan pengiktirafan tersebut. Pun begitu, Remy merasakan mungkin kening dan matanya menjadi senjata buat para gadis.

“Pengiktirafan itu diluar jangkaan saya dan tak mampu nak jawab sebab nanti saya rasa saya perasan. Biasanya orang seksi tak rasa dia seksi pun, jadi saya tak pernah rasa seksi atau kacak pun, malah tak rasa saya popular pun”

“Alhamdulillah syukur orang label saya sebagai seksi, diangkat satu darjat. Mungkinlah yang seksi adalah kening dan mata saya, itu pun berdasarkan komen orang. Kata mereka dari mata turun ke hati”

Bagaimanapun bagi Remy, definisi seksi buatnya adalah kematangan seseorang dalam berfikir dan membawa diri. Pun begitu fizikal seseorang juga turut memberi impak tampak seksi bagi sesetengah orang.

“Ada orang menilai seksi daripada fizikal, sikap dan cara berfikiran. Bagi saya ia merangkumi semua benda terutama cara kita membawa diri sendiri. Fizikal, tubuh badan dan kematangan pun satu benda yang seksi,” jelasnya.

 

sumber : Rotikaya

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf