Mereka Bak Ikan Belukang Makan Najis, Dimana Ada Najis Mereka Akan Pergi – Namron Tegur Netizen

Hiburan

HANYA kerana mengeluarkan pendapat serta mempertahankan pelakon yang terkait dakwaan isu pukul dan hubungan songsang, aktor Nam Ron pula menjadi mangsa kecaman netizen.

Kata Nam Ron, 50, netizen kini sudah tidak lagi berfikir panjang sebelum mengeluarkan komen, lebih parah apabila terlalu mudah menjatuhkan hukum.

“Video yang saya buat sebelum ini bukan diminta atau disuruh sesiapa pun untuk mempertahankan dia.

 

 

View this post on Instagram

 

Jangan terburu-buru buat kecaman selagi belum tau duduk perkara.

A post shared by Bang Nam Ron (@_nam_ron_) on

Nam Ron berkongsi pandangan di laman Instagram miliknya.

“Yang bermasalah sekarang adalah netizen. Saya dapati netizen sekarang sudah semakin berani untuk mengeluarkan komen yang mereka sendiri tidak fikir panjang.

“Saya rasa tindakan seperti itu adalah tak betul lebih-lebih lagi apabila seseorang itu belum lagi didapati bersalah tetapi mereka sudah menghukum. Ia membuatkan saya terjentik hati untuk bercakap mengenainya,” katanya kepada mStar.

Nam Ron ditemui sewaktu majlis pratonton filem Warkah di eCurve, Petaling Jaya pada Rabu.

Bercerita lanjut Nam Ron berkata, perlakuan seperti ini perlu dikawal sebelum ia merosakkan sosio budaya masyarakat.

Kalau bahasa kasarnya, ibarat ikan belukang yang makan najis. Dimana ada najis, mereka akan pergi.

“Mungkin kerana saya hidup di dua zaman yang berbeza. Saya melalui zaman sebelum dan setelah adanya media sosial. Tindakan seperti ini perlu dikawal kerana ianya tidak bagus untuk sosio budaya kita.

“Ianya satu tuduhan yang agak berat untuk ditanggung selebriti sepertinya. Ada sahaja isu yang timbul, mereka akan mula bercakap mengenainya.

“Kalau bahasa kasarnya, ibarat ikan belukang yang makan najis. Di mana ada najis, mereka akan pergi. Mujur tidak semua mereka begitu,” ujarnya.

 

 

sumber : mstar