Meriah! Sambutan Hari Jadi DS Siti Nurhaliza di raikan Meriah oleh Rakan Media & Peminat.

Hiburan

 Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, hari ini menyambut hari jadi ke-40 dalam suasana serba indah diiringi kasih sayang keluarga, sanak-saudara, teman dan peminat tersayang.

Dilahirkan pada 11 Januari 1979, hari jadi ke-40 penyanyi lagu Jerat Percintaan ini bertambah manis apabila puteri tercinta, Siti Aafiyah hasil perkongsian hidup bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, turut bersama meraikan detik istimewanya.

Image result for selamat hari jadi siti nurhaliza ke 40

Menyifatkan angka 40 tahun sebagai momen kemuncak dalam hidup, Siti bersyukur Allah menganugerahkannya segala yang diimpikan oleh setiap wanita.

Apa yang diimpikan penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini cuma satu, memberi semula kepada masyarakat yang meletakkan dirinya pada kedudukan paling kukuh sepanjang lebih dua dekad mencipta nama.

“Usia bagi saya hanya angka dan sama ada suka atau sebaliknya, apabila sampai masa, kita tidak dapat mengelak daripada proses kematangan.

“Pada usia 40 tahun, saya mahu menjadi lebih matang, selain berdoa dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan kerjaya dan beribadah kepada Yang Maha Esa.

“Saya sangat bersyukur kerana pada usia ini, saya masih bertahan dalam industri muzik yang diceburi sejak usia 16 tahun.

“Fokus utama saya kini adalah untuk lebih mendekatkan diri kepada masyarakat, selain memberi semula dan membantu mereka sedaya mungkin,”


Bagi meraikan hari jadi Siti, beberapa stesen radio memberi penghormatan dengan memutarkan lagu dendangannya dalam segmen khas.

Tahun ini, stesen radio, Hot FM menganjurkan konsert digital, Bombastik CTDK, mulai jam 9 malam ini sebagai hadiah istimewa sempena hari kelahirannya.

Konsert itu menyaksikan artis generasi baharu seperti Sarah Suhairi, Kugiran Masdo, Floor 88 dan Neon menyanyikan himpunan lagu popularnya.

Dato Siti juga banyak menerima hadiah dan ucapan dari peminat .

Happy Golden 40th, Tokti!

Sumber : Berita Harian Edit Oleh Semua Video Non Stop/ IG Hotfm/ Suriafm