“Mia penat dengan semua benda mengarut ..”- Mia Sara Luah Perasaan Ingin Berhenti Jadi Pelakon.

PELAKON yang dulu dikenali sebagai pelakon kanak-kanak iaitu Mia Sara mengumumkan untuk mengundur diri daripada bidang lakonan.

Menurut Mia, dia sudah tidak tahan apabila terpaksa berdepan dengan perkara-perkara tidak masuk akal hingga membuatkan dirinya sudah tawar hati.

Malah katanya, dia lebih memilih untuk menjadi bintang Youtube.

“Rabu yang suram… kalau Mia berhenti berlakon masih ada yang minat Mia tak? Korang minat Mia sebab apa? Hanya sebab Mia berlakon ke? Kalau tak popular masih minat ke?

Mia mendedahkan hasratnya itu menerusi posting yang dimuat naik ke laman IG miliknya.

“Mia dah penat dengan perkara tak masuk akal yang berlaku dalam bidang lakonan ni dan Mia rasa Mia patut berhenti berlakon.

“Mungkin buat YouTube video je kot lepas ni. Korang tolong beritahu apa yang korang rasa mengenai keputusan Mia tu. Mia nak tau apa pendapat korang,” tulisnya.

Mia meluahkan hasratnya itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Rabu. Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi peminat yang rata-ratanya terkejut dengan keputusan pelakon itu.

Bagaimanapun, mereka dilihat tetap menyokong dan menghorm4ti apa saja keputusan dibuat pelakon berusia 15 tahun ini, termasuk pelawak Achey.

sumber : mstar

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf