“Minggu lepas Dr kata bumi ni sfera. Pagi ni Dr kata, tak sfera sangat ” Tak Nak Kalah , Suhaimi Saad Terus Berbalah Walau Teruk Di Kritik Netizen.

Semalam mungkin ramai yang dah baca posting daripada Suhaimi Saad yang meminta angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah atas nama Allah kalau benar Bumi ini berbentuk sfera dan bukannya mendatar.

Permintaan sumpah ni memang kedengaran agak gila tetapi nampaknya posting Suhaimi ni telah mendapat perhatian angkawasan negara tersebut.Ini apa yang dikatakan Dr. Sheikh Muszaphar awal pagi ini.

 

“Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas, adalah menjadi tanggungjawab diri ini menceritakan fakta sebenar” 

Menerusi perkongsian Dr. Sheikh Muszaphar di Instagram, beliau menceritakan sedikit sebanyak fakta dan pengalaman dari kaca matanya sendiri tentang apa yang berlaku semasa beliau di angkasa lepas.

Admin tertarik dengan penjelasannya yang memberitahu bahawa bentuk bumi adalah geosfera iaitu bukan berbentuk seperti bola tetapi lebih kepada bentuk telur. Oh info baru ni! 

Namun menurut Dr Sheikh, dia tidak mampu mengubah pandangan golongan flat earth tentang apa yang mereka percaya dan dia cuma mampu menyatakan pengalaman serta apa yang dilihatnya dengan mata sendiri.

Mungkin doktor tak berapa jelas apa yang SS maksudkan dengan sumpah… Masya Allah, SubhanaAllah dan in the name of Allah bukanlah lafaz sumpah” 

Tak sampai beberapa minit Dr. Sheikh Muszaphar memberi kenyataan balas tentang isu ini, Suhaimi yang bagaikan tertunggu-tunggu balasan daripada angkasawan ni terus pantas menjawab.

Namun jawapan yang diberikan Suhaimi atau nama Facebooknya, Mosus agak mengecewakan dan membuat rata-rata netizen marah. Menurut Suhaimi, dia agak kecewa kerana Dr Sheikh Muszaphar hanya memberi respon dan bukannya bersumpah seperti yang dia minta sebelum ni. 

Nak sumpah pulakkk… 

NETIZEN yang dirahmati Allah sekalian..

Tu la,
Kalau ss cakap korang b*d*h,
korang marah
Terasa,sentap,meroyan.

Dulu masa ustad,ustazah ajar lafaz sumpah,korang main main,tak fokus,tido,ponteng..

Sekarang,
Dah nak salahkan ss pulak
Kata ss ego la,kuat spin la,tak nak terima kenyataan bla bla bla bla..

Ma sa alahnyeeer..

Ma sya Allah..SubhanAllah dan In the name of Allah tu zikir..
bukan sumpah.
Korang paham tak maksud zikir tu?simple je kot…takkan tak paham..kata islam gi sekolah..

Lafaz sumpah adalah :

WAllahi..wabillahi..watAllahi..

Kalau ss cakap korang sesat,
Korang marah kan?
Masalahnya..

Korang ni memang dah sesat
Lafaz sumpah ngan zikir pun tak reti nak bezakan.

Ntah ntah bulat,sfera ngan datar pun tak faham

Oklah,
ss nak solat Dhuha jap.#riyak.

Komen dulu eh,
Tengok la pas Jumaat ke,kalau tak busy ss delete la

“Tak paham aku ada jugak orang bodoh macam ni” 

Rata-rata netizen di posting Mosus ternyata amat marah dengan tindakan bekas penyanyi nasyid ini yang seakan-akan memperlekehkan kenyataan respon angkasawan negara.

Menurut netizen, ternyata Suhaimi hanya mencari publisiti dan sekadar ingin memprovokasi keadaan.

Setelah menjawab persoalan yg di ajukan, ini pula respon dari Suhaimi

Admin pun tak faham sumpah jenis macam mana yang Mosus ni nak. Rasanya dia lebih kepada nak dengar sumpah dari nak dengar ilmu yang disampaikan Dr Sheikh Muszaphar ni. Aduhai! 

Kredit lobak merah edit by Hiburan Media Terkini