Suami bangga lihat kejayaan Mira Filzah, raih anugerah ‘Nona Superwoman 2020’

Hiburan Keluarga Tempatan

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman?

Sebelum ini, selebriti berusia 27 tahun itu telah dicalonkan sebagai 100 wanita tercantik dalam senarai yang ditulis oleh sebuah media bebas.

Bagai bulan jatuh ke riba, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu turut menerima anugerah NONA Superwoman Award bagi kategori Influencer NONA yang berlangsung semalam.

Sejurus selepas itu, suami Mira iaitu Wan Emir Astar atau juga dikenali dengan gelaran mesra yang diberi oleh Mira Filzah, ‘Bubu’ memuat naik posting istimewa meluahkan rasa bangga dan tahniah terhadap kejayaan isterinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Syukur Alhamdulillah, tahniah isteriku @mfmirafilzah. Semoga awak akan sentiasa bersinar menjadi inspirasi yang baik. 

“Saya lihat banyak kebaikan dalam diri awak, Amirah dan awak sentiasa berkongsi serta menyebarkannya ke seluruh dunia. 

“Semoga Allah merahmati dan melindungi awak sehingga akhir masa. Tahniah sayangku,” tulis Emir di ruangan posting tersebut.

Rata-rata warganet memberi komen positif serta tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang diraih pelakon berkenaan.

Tahniah Tuan Emir dan Puan Mira

‘So sweet Bubu’

Terdahulu, pasangan tersebut melangsungkan pernikahan pada 3 September 2020 lalu di sebuah Pusat Konvensyen di Bukit Kiara.

 

Sumber: Instagram Wan Emir, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.