‘Saya Tidak Mahu Rvntuhkan Agama Saya’- Komen ‘Deep’ Awie Bila Group Ini Buat Lawak Tentang ‘Ustaz’

Hiburan Lawak & Seram Viral

‘Muzikal Lawak Superstar 2’ (MLS2) merupakan program realiti muzikal komedi yang kini kembali untuk musim kedua! Program yang sarat dengan gelak tawa itu telah berlangsung semalam di  Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Seramai 14 kumpulan telah tampil melakukan persembahan dan kesemua mereka dinilai oleh Dato’ Awie, Fazura dan Zul Ariffin selaku juri tetap.

Meskipun semalam merupakan episod pertama, Dato’ Awie dan Fazura dipercayai telah memberikan komen ‘deep’ buat dua kumpulan yang bertanding iaitu kumpulan ‘Zuzuzu’ dan ‘Stamp’ kerana did4kwa memperm4inkan isu sens1tif seperti agama dan bentuk badan.

Jangan kvtuk atas pentas

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Jangan kita sebut nama seseorang yang boleh mendatangkan isu sensitif. Sebab tadi ada sebut nama individu tersebut. Ingat, dia masih ada keluarga. Isu agama dan ustaz pun saya nak tegur, kita seorang Islam jangan kita kvtuk h1na agama dan ustaz yang bermodalkan Islam.

Jangan kvtuk atas pentas. Cari isu yang lebih baik dan elok untuk pentas supaya orang luar menikmatinya. Tegvran saya ini ikhlas dari saya dan bukannya untuk mervntuhkan anda tetapi saya tidak mahu mervntuhkan agama saya.

Sebaik sahaja kumpulan ‘Zuzuzu’ selesai membuat persembahan semalam dengan tema 14 buah negeri, Dato Awie memberikan komen bahawa kumpulan tersebut tidak perlu menyebut nama individu yang dipercayai seorang ‘ustaz’ ketika membuat lawak.

Tambahnya, isu agama juga tidak perlu diperm4inkan sebagai seorang yang beragama Islam. Ini kerana, banyak lagi idea yang menarik dan boleh disajikan buat penonton di rumah agar mereka menikmatinya.

Muzikal Lawak Superstar 2 - STAMP Kumpulan Stamp. Foto Gempak

Sementara itu, Fazura pula dipercayai memberi teguran buat kumpulan ‘Stamp’ yang menggunakan rupa bentuk badan seseorang. Menurut Fazura, perkataan ‘j4nda’ itu kurang manis digunakan ketika kumpulan tersebut melakukan persembahan.

Kami ambil dengan fikiran p0sitif

Kumpulan Zuzuzu. Foto Gempak

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk beraksi lagi minggu depan di MLS2. Setiap teguran, komen dan kritikan kami ambil dengan fikiran yang positif. Niat kami ingin melawak sambil memberi peringatan pada semua untuk berhati-hati dengan situasi sekarang iaitu ramai yang mengambil kesempatan dalam kesempitan orang. Tak ada niat untuk menghukum siapa-siapa dalam sketch kami. Andainya ada salah silap harap dimaafkan. Kami pun meminta maaf sekiranya ada hati yang terguris dengan kami. Yang menonton tadi dan memberi sokongan, terima kasih diucapkan pada semua.

 

Di Instagram, Zahid yang merupakan salah seorang ahli kumpulan ‘Zuzuzu’ meminta maaf kepada semua pihak sekiranya lawak mereka telah menggvriskan hati mana-mana individu. Jelasnya, mereka mengambil semua teguran, komen dan kritikan itu dengan fikiran yang positif.

Zahid juga memberitahu niat mereka adalah untuk memberi peringatan buat semua agar perlu berhati-hati dengan orang yang suka mengambil kesempatan dalam hidup.

Ketawa sampai keluar air mata

Penampilan Cikb dalam kumpulan ‘ABC’ semalam ternyata mencuit hati para penonton dan juri. Rata-rata netizen memberikan pujian buat CikB kerana pandai berjenaka. Di samping itu, kumpulan ‘ABC’ merupakan satu-satunya kumpulan yang mendapat lima bintang dari juri tetap semalam.

 

Sumber: Astro GempakZahid, Ohbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.