Mulia Hati Que Haidar Maafkan Pelajar Yang Cedrekan Anaknya

Hiburan Tempatan

Pelakon Que Haidar memaafkan pelajar yang telah mencederakan anaknya Tengku Cleopatra Haidar, 7, di sekolah.

Menurut Que, anaknya Cleo cedera dalam insiden yang tidak disengajakan.

“Kawan kat sekolah tak sengaja tutup pintu masa Cleo nak keluar, so terhempas kat Cleo..

”Balik-balik mengadu dengan daddy.. takpe tak sengajakan..,” tulisnya.

Que berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut dia turut memuat naik sekeping foto menunjukkan kening kiri anaknya yang luka tercalar.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap kematangan Que dan tidak cepat melatah.

Que berkahwin dengan guru tari, Linda Jasmine dan dikurniakan seorang lagi anak, Tengku Ratu Haidar, 9,.

Sumber Gempak