Nak banding biarlah logik…

Sukan Tempatan

Kuala Lumpur: Peminat bola sepak tempatan perlu realistik dan memberi masa kepada penyer4ng muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin sekurang-kurangnya dua tahun bagi dia membina fizikal lebih mantap di Belgium.

Pensyarah Sains Sukan UiTM, Mohd Sadek Mustafa

Jelas pakar dalam bidang sains sukan iaitu pensyarah kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa, perbandingan susuk tubuh antara Luqman dan seorang lagi penyer4ng negara, Safawi Rasid adalah tidak adil.

Luqman beraksi bersama KV Kortrijk (KVK) dalam liga Belgium manakala Safawi di Portugal bersama kelab, Portimonense SC dijadikan perbandingan dengan ramai peminat memuji fizikal Safawi yang dilihat lebih berotot berbanding Luqman.

Tak boleh dibandingkan dengan antara kedua-dua pemain itu. Kena ingat, Luqman baru berusia 18 tahun dan susuk tubuhnya sekarang memang ideal dengan umurnya.

Peminat samakan paha Safawi dengan Ronaldo

“Manakala Safawi pula 23 tahun dan fizikal yang berotot itu sudah dibentuknya sejak tiga ke empat tahun bila dia jadi pemain profesional, ditambah berlatih bersama JDT (Johor Darul Ta’zim) banyak membantunya membina fizikal.

Hasrat Luqman Hakim tidak kesampaian

“Luqman baru saja bergelar pemain profesional tahun ini, jadi kita kena beri sekurang-kurangnya dua tahun kepada Luqman untuk membentuk fizikal yang sesuai sebagai seorang penyer4ng,” katanya kepada Arena Metro.

Mengulas mengenai teknik dimiliki dua bintang negara itu, Sadek menjelaskan kedua-duanya mempunyai kepantasan yang setanding dengan pemain Eropah dan Amerika Selatan.

“Luqman dan Safawi ada kelajuan yang sama dengan pemain di luar negara. Kepantasan bukan sekadar ketika berlari bersama bola tetapi juga laju dalam berfikir membuat keputusan.

“Pemain kita dalam liga tempatan ada juga yang laju tapi lambat dalam membuat keputusan. Dalam bola sepak moden, aspek kepantasan (larian dan berfikir) amat dititik beratkan kerana permainan ‘high pressing’ banyak digunakan.

“Jika kita lambat dan memegang bola terlalu lama, itu yang memudahkan pihak lawan merampas bola. Sebab itu kepantasan berfikir amat penting terutama di peringkat antarabangsa,” katanya.

Safawi ‘lulus’ aksi sulung

AKSI Safawi (kanan) ketika bersama skuad B-23 Portimonense SC. FOTO FB Portimonense SC

DALAM pada itu, penyer4ng skuad kebangsaan Muhammad Safawi Rasid membuat penampilan sulung bersama skuad bawah-23 tahun (B-23) Portimonense SC dalam perlawanan menentang pasukan Sporting Lisbon di Portugal, awal pagi tadi.

Pasukan diwakili pemain berusia 23 tahun yang dipinjamkan oleh Johor Darul Takzim (JDT) itu bagaimanapun tewas 1-3 dalam perlawanan Liga Revelacao B-23 di Stadium Dois Irmaos.

Safawi yang dilaporkan beraksi cemerlang pada sesi latihan dimasukkan sebagai kesebelasan utama pasukan B-23 kelab Portugal itu oleh pengurus Paulo Sergio.

Dalam perlawanan itu, Portimonense SC mendahului pada minit ke-18 melalui gol yang dijaringkan pemain dari Brazil Romulo Machado sebelum pemain Sporting Lisbon Rafael Fernandes mengikat kedudukan pada minit ke-28.

Namun dua gol pantas Sporting Lisbon dalam tempoh tiga minit menerusi pemainnya Duarte Carvalho dan Nicolai Skoglund pada babak kedua memaksa Portimonense akur tewas 1-3.

Keputusan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan kedua-dua pasukan dalam Liga Revelacao (zon selatan) dengan Sporting Lisbon kekal di tempat ketiga sementara Portimonense di tangga ketujuh selepas masing-masing mengharungi lima perlawanan.

Luqman wira skuad B-21 KV Kortrijk [VIDEO]

Bagi Luqman Hakim pula, dia berjaya meledak gol kemenangan bagi membantu skuad Bawah 21 Tahun (B-21) KV Kortrijk menewaskan KFCO Beerschot Wilrijk, 1-0 pada aksi Kumpulan 2 Liga Belgium B-21, hari ini.

Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan Luqman Hakim menerusi tandukan itu hadir pada minit ke-83, menurut laman sesawang https://azscore.com/football/game/kfco-beerschot-wilrijk-kv-kortrijk-202… dan ciapan Twitter @pemain_ke_12.

Ia merupakan kemenangan keempat KV Kortrijk selepas mengharungi enam perlawanan dan menyaksikan kelab itu kini berada di kedudukan keempat dengan mengumpul 14 mata.

Luqman Hakim, 18, berlepas ke Belgium pada Ogos lalu menandatangani kontrak lima tahun bersama KV Kortrijk yang dimiliki taikun perniagaan Malaysia Tan Sri Vincent Tan.

 

Sumber: Harian Metro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.