Nasi sudah menjadi bubur.. Eira Aziera dis4man RM2 juta

Semasa Tempatan

Johor Bahru: Personaliti media sosial berdepan s4man lebih RM2 juta susulan tind4kannya yang did4kwa mengh1na bentuk fizikal seorang wanita menerusi Facebook (FB) secara langsung, pada 18 Ogos lalu.

Harian Metro melaporkan Peguam bagi pihak Suharnizan Md Sidek, 37, iaitu Mohd Rasheed Hassan berkata, s4man sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan kemudiannya akan diserahkan kepada pihak personaliti itu.

Foto: Harian Metro

“Hari ini s4man sudah didaftar di mahkamah dan petang ini saya sudah terima emel dari tetuan Yahaya Ahmad & Co dari Sungai Petani, Kedah, yang mengatakan bertind4k bagi pihak Eira Aziera atau nama penuhnya adalah Noorazira Pissal, 37.

“Jadi S4man dan Pernyataan Tuntutan akan diserahkan menerusi emel dan kurier kepada peguam Eira (personaliti) dan dalam tempoh 14 hari, kehadiran perlu difailkan.

“Dalam 14 hari selepas itu, pembelaan perlu difailkan. Tarikh sebutan pertama di Mahkamah Tinggi Johor Bahru adalah pada 11 November depan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Rasheed berkata, sebutan pada 11 November depan itu akan dibuat secara atas talian dengan pendaftar dulu saja.

Disamn RM2 Juta, Respon Eira Aziera buat wargamaya Meluat. - MySumber

Sebelum ini, media melaporkan Suharnizan yang juga Pesuruhjaya Sumpah mend4kwa personaliti itu mengeluarkan kata-kata kes4t termasuk memaparkan gambarnya serta anaknya tanpa pengetahuan dan kebenaran pihaknya selepas dia meninggalkan komen di ruangan komen media sosial personaliti terbabit.

Katanya, insiden yang berlaku kira-kira jam 10 pagi, 18 Ogos lalu, dipercayai bermula apabila dia menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ menerusi video secara ‘live’ yang dikongsikan rakannya di laman terbabit.

Pada 14 September lalu, pihak Suharnizan dimaklumkan terdapat satu paparan video yang dimuatnaik dan dikongsikan di media sosial oleh pentadbir laman FB yang menggunakan nama ‘Makcik Bawang Channel’ dan ‘Makcik Kiah Channel’ dengan kandungan video selama lapan minit memaparkan antara lain mengh1na rupa fizikalnya sehingga tular mencapai ribuan pautan serta komen.

Mangsa buli siber buat laporan polis | Kool FM

Susulan itu, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, pada 15 September lalu.

Peguam bagi pihak Suharnizan iaitu Mohd Rasheed memaklumkan walaupun terdapat permohonan maaf yang dibuat secara langsung menerusi FB ‘influencer’ itu, namun isu ‘body sh4ming‘ boleh did4kwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Sumber: Harian Metro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.