Neelofa jadi inspirasi, Yatt Hamzah lu4h hasrat berniqab tapi hati belum kuat – “Lihat sahabat-sahabat dah mulakan dulu, diri jadi teruja… doakan bonda”

Hiburan Islamik Keluarga

KEPUTUSAN pengacara dan usahawan terkenal Neelofa memakai niqab mendapat perhatian umum termasuk dalam kalangan selebriti tempatan seperti pelakon Yatt Hamzah.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 40, yang pernah mengalami kegvguran pada September lalu memberitahu dia juga mempunyai niat untuk melakukan penghijrahan seperti itu.

Yatt berkata, dia pernah menangis ketika menyuarakan hasrat itu kepada suaminya iaitu Zulfadhli Khiruddin namun masih belum kuat untuk melakukan penghijrahan tersebut.

Yatt berkongsi perkara itu di Instagram miliknya.

“Pernah post gambar ini pada Jumaat beberapa minggu lalu kalau perasan sebelum kegvguran dulu. Masa ini tak tahu sedang h4mil. Emosi memang tak stabil dan patutlah begitu, rupa-rupanya sedang h4mil.

“Masa ni memang teringin sangat nak berniqab atau sekurang-kurangnya berpurdah dulu. Tapi tak kuat lagi. Sungguh-sungguh teringin… wallahi teringin sampai menangis beritahu suami,” katanya.

Yatt berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik foto dia memakai purdah di laman Instagram miliknya.

Emosi memang tak stabil dan patutlah begitu, rupa-rupanya sedang h4mil.

YATT HAMZAH

PELAKON

Pada Khamis lalu, perkongsian foto terbaharu Neelofa yang memakai niqab di laman Instagram miliknya pada Khamis menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen ingin kepastian mengenai penampilan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, itu sekadar sementara atau kekal sebagai imej baharu wanita muslimah.

Enggan membiarkan netizen membuat spekulasi sendiri, usahawan terkenal ini tampil mengesahkan dia kini dalam proses memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Dalam pada itu, Yatt melu4hkan rasa teruja apabila melihat rakan sekelilingnya kini sudah berubah kearah yang lebih baik.

Yatt berharap semua orang mendoakan agar dia kuat untuk melakukan penghijrahan.

Malah, Yatt juga berharap orang ramai mendoakan agar dirinya diberikan kekuatan untuk berjuang dalam penghijrahan yang lebih baik.

“Lihat sahabat-sahabat sekeliling sudah mulakan dulu. Diri jadi teruja… mashaAllah kuatnya mereka. Jadi inspirasi dan motivasi buat diri ini.

“Mohon doakan bonda bernama Haryati Hamzah ini dan semua wanita lain yang sedang struggle untuk jadi lebih baik diberikan kekuatan dalam perjuangan (Mujahadah) ini.

“Mohon sokongan dan doa semua… terutama dari suami Zulfadhli Khiruddin. Aamiin,” ujarnya.

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.