“Never argue with stupid people. They will drag you into their level “- Isu Gambar Pak Azad Buat Laporan Polis

Hiburan

Pasangan pelakon Azad Jazmin dan Eira Syazira dilihat telah membuat laporan polis.

Laporan itu dilakukan selepas difahamkan ia berkait dengan isu mereka berkongsi gambar Azad bersama patung b0gel yang telah menimbulkan perbalahan di media sosial.

 

Menerusi entri di Instagram (IG), Azad berkongsi gambar ketika sedang berada di balai polis berserta laporan yang dilakukan

“Never argue with stupid people. They will drag you into their level.

“Be smart. Insha Allah negara kita ada undang-undang. Terima kasih,” tulisnya.

Menerusi entri tersebut, Azad telah menutup ruangan komen.

Terdahulu, pasangan pelakon itu mendapat kecaman warganet selepas berkongsi gambar bersama patung bogel dan dianggap lu.cah.

Foto itu diambil ketika berkunjung ke Pelabuhan Ratu, Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini.

Azad dan Eira berkahwin pada 2012 serta dikurniakan tiga anak iaitu Amara Sofea Rose, Ameisya Leanne Rose dan Areisya Suri Rose.