“Next month nak keluarkan lagu utk di calonkan di AJL”- Impian Aliff Syukri Nak Menang Macam Naim Daniel.

Hiburan

Sebelum ini, Datuk Seri Aliff Syukri yang turut terkenal dengan kontroversinya lagu “Cowok Baru” bersama-sama penyanyi Lucinta Luna dan penyanyi “Tak Tun Tuang” Upiak Isil.Sebelum ini Aliff tampil bersama-sama Nur Sajat yang juga jutawan kosmetik melalui “Abang Nak Tegur” yang mencapai hampir 5 juta tontonan dengan 45,000 like dan dislike sebesar 361,000.

Manakala lagu “Bobo Di Mana” bersama-sama Lucinta Luna dan Nur Sajat mencapai 3.4 juta tontonan dengan 17,000 like dan 4,800 dislike.Seperti “Abang Nak Tegur” setakat Khamis malam lagu terbaharu “Cowok Baru” sudah mencapai 370,698 tontonan dengan dislike mencapai 45,000 dan 23,000 like.

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri memaklumkan bakal mengeluarkan sebuah lagu single terbaru pada bulan depan.Kongsi Aliff, tindakan tersebut kerana ingin lagu nyanyiannya tercalon di pentas anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).

Berlakon sudah, menyanyi pun sudah, malah turut bergelar seorang Youtuber, bagaimanapun, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pernah meluahkan rasa terkilan apabila lagunya tidak tercalon dalam Anugerah Juara Lagu.

sampai termimpi tak apa next month abg akan keluarkan lagu baru utk di calonkan di ajl, mana tau boleh menang mcm @naimdaniel ada yg tak zabarr nak tunggu tak??,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat turut memberi kata-kata semangat kepada usahawan berusia 32 tahun itu.

Terdahulu, Aliff telah menjadi perhatian rakan selebriti dan netizen apabila usahawan terkenal itu mempertikaikan lagu nyanyiannya tidak tercalon di pentas akhir Anugerah Juara Lagu. Aliff berkata semua orang mengenalinya namun dia tidak mengetahui mengapa lagunya tiada dalam pencalonan anugerah itu tahun ini. Malah, Aliff juga rasa tidak puas hati kerana menyatakan sudah pelbagai lagu dia sudah rakam.

Aliff Syukri Berang Lagunya Tidak Dicalonkan Dalam Anugerah Juara Lagu.

Aliff Syukri: apa kurang lagu saya?? berbanding mereka yg tercalon??Abang sedih sangat kerana bakat abang ini tidak dihargai oleh Anugerah Juara Lagu  sedangkan suara abang amat sedap dan merdu…malah suara abang tidak perlu dipertikaikan lagi kalau tidak takkanlah abang telah mengeluarkan lebih daripada lima lagu .. dan jumlah tontonan juga berjuta-juta?? adakah mereka yg mendengar lagu abg sebalum ini halinunan atau pun org ghaib kenapa x layak tercalon?? apa salah abg.

Foto: Instagram Aliff Syukri Kredit:MH