Teruja nak keluar ‘dating’ selepas 4 tahun jadi ibu tungg4l, wanita teruja pilih baju terbaik nak keluar dating… selepas 10 minit, segalanya terb0ngkar

Keluarga Tauladan Tempatan

Menerusi video yang tular di TikTok, wanita dikenali sebagai Nik Hajar Nik Hassan itu memperincikan semula detik-detik yang dilalui sehinggalah dia bertemu dengan lelaki tersebut.

Mesra disapa Nik, wanita berusia 37 itu mengakui gembira dapat berborak dengan ‘teman istimewa’ itu setiap hari.

Malah, dia juga buntu untuk memilih pakaian sebelum berjumpa dengannya buat pertama kali.

Kegembiraannya bagaimanapun hanya sementara apabila lelaki yang ditemuinya itu bukanlah berniat untuk melindunginya sebagai suri hati sebagaimana yang dinyatakan dalam perbualan sebelum ini, sebaliknya menawarkan perlindungan menerusi skim insuran yang ditawarkan.

Meraih hampir 300,000 ribu tontonan, Nik bagaimanapun tampil memberi penjelasan bahawa video tular itu adalah lakonan semata-mata.

Sebahagian paparan dalam video tular itu.

Namun katanya, idea jalan cerita itu dioalah berdasarkan kisah sebenar dan dia mengakui dirinya sememangnya berstatus ibu tungg4l dengan dua cahaya mata.

“Saya baru join TikTok tiga bulan lepas. Saya sekadar buat content video je. Memang terkejut sebab tak jangka akan viral.

“Saya jangka dalam 20,000 ke 30,000 tontonan, tapi sekarang dah hampir 300,000. Video itu saya buat sekadar jenaka untuk suka-suka.

Tapi saya buat video tu bukan untuk cari jodoh, cuma nak buat lawak je.

HAJAR

“Saya tahu ramai suka tengok content kelakar. Saya cari idea, fikir pl0t tw1st, olah berdasarkan kisah sebenar saya yang sememangnya ibu tungg4l,” ujarnya kepada mStar.

Menurut wanita yang bekerja dalam bidang hartanah itu, lelaki yang muncul dalam video berkenaan juga bukanlah seorang ejen insurans.

“Ramai yang ada pengalaman macam video saya. Bila didekati seseorang, rupa-rupanya orang tu sebenarnya nak jual penapis air, ajak sertai skim MLM dan sebagainya.

Nik bersama anaknya.

“Lelaki dalam video tu kawan saya yang bergelar doktor. Kebetulan dia baru balik dari Pulau Redang, Terengganu. Dia nak bagi keropok lekor, so saya minta dia berlakon untuk video saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nik yang menetap di Kajang, Selangor turut berterima kasih kepada netizen yang banyak memberikan sokongan dan kata-kata positif buatnya.

Jelas Nik, jalan cerita yang dipaparkan hanyalah rekaan semata-mata, namun dia tetap menghargai segala doa netizen.

“Itu semua idea secara spontan, sebab saya pun memang suka buat lawak.

Nik suka bergurau dan menjelaskan video itu hanyalah lakonan semata-mata.

“Saya terharu, berterima kasih bila ada netizen yang doakan saya sebab mereka fikir ia kisah benar.

“Tapi saya buat video tu bukan untuk cari jodoh, cuma nak buat lawak je,” ujarnya.

Selain TikTok, video itu turut diulang siar di Twitter sehingga menerima hampir 200,000 tontonan.

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.