“Dah sepasang.. tarikh, tempat, doktor yang sama”- Niena Baharun selamat l4hir anak kedua

Hiburan Keluarga

Pelakon Datin Niena Baharun menimang cahaya mata keduanya selepas selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perub4tan di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Niena atau nama sebenarnya, Amaniena Kamarul Baharun, 27, anak keduanya itu berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan anak sulung lelakinya.

“Syukur Alhamdulillah! Allah Maha Pengatur. Pada tarikh yang sama, tempat yang sama dan doktor yang sama Dr. Seri.

“‘Our little girl is born, 24.10.2020’

“Terima kasih untuk segala doa dan ucapan daripada anda semua,” katanya.

Berita gembira itu dikongsikan Niena menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya awal pagi tadi.

Dalam hantaran tersebut, Niena turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan dirinya di dewan bersalin bersama suami, dan anaknya.

Sekadar info, Niena mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim pada 1 Februari 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan anak sulung, Adiel Mikael yang kini genap usia dua tahun semalam sama tarikh lahir anak kedua mereka.

 

Sumber: Instagram Niena Baharun, Gempak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.