” Not So Good ” – Ramai Tidak Puas Hati , Kumpulan NAMA Berjaya Ke Pusingan Akhir Asia’s Got Talent.

Hiburan

Awal bulan lalu, sekumpulan peserta dari Malaysia yang diberi nama kumpulan NAMA berjaya mendapat perhatian ramai di pentas Asia’s Got Talent. Selain berbakat besar, personaliti mereka yang berhijab turut mencetuskan bualan penonton. Ramai yang kagum dengan semangat dan keberanian mereka untuk tampil bertanding dalam rancangan besar ini.Walaupun ade segelintir yang mengkritik, namun lihat sahaja bagaimana kumpulan ini berjaya buktikan usaha mereka tidak sia-sia. Akhirnya kumpulan NAMA dipilih juri untuk ke pusingan akhir Asia’s Got Talent.

Kalau sebelum ini, kumpulan NAMA berjaya membuatkan penonton di studio bersorak gembira dengan lagu Bad Romance nyanyian asal Lady Gaga. Kali ini, sekali lagi kumpulan ini berjaya mengambil hati juri sekaligus melayakkan mereka ke pusingan akhir. Dengan membawakan lagu Inggeris, Sax dari penyanyi Fleur East, NAMA nampak lincah dan tidak kekok berada di pentas Semi-Final itu.

 

Ketiga-tiga juri bersetuju persembahan kumpulan ini hebat termasuk David yang sebelum ini kurang berminat dengan persembahan mereka. Menurutnya, persembahan kali ini lebih bagus berbanding yang dahulu.

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan juri. Masing-masing beranggapan cara nyanyian mereka sangat biasa. Tak kurang juga yang mengkritik juri tidak pandai menilai. Apa kata anda?

Tidak layak masuk ke peringkat akhir

Tak bagus mana

Apa-apa pun kami dari Oh!Bulan mengucapkan tahniah atas kejayaan ini!

Sumber : Asia’s Got Talent