“Orang Lain Lagi Gemuk Pun Elok Je, Tak Larat Dah Terkurung Dalam Badan Orang Gemuk Ni” – Abby Abadi

Hiburan

Bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi berkongsi kisah menurunkan berat badannya yang penuh cabaran.

Menerusi entri di Instagram (IG), Abby menjelaskan dia perlukan semangat untuk terus berusaha menurunkan berat badannya sehingga mencapai 60 kilogram.

“Terima Kasih jadi ‘bantuan’ pergi sesama berzumba ria untuk kita kurus 60 kilogram.

“Memang kena beramai-ramai kalau kat rumah 10 minit dah penat pastu duduk atas katil pegang hand phone. Tamat dah sesi. 

“Bila kesini sejam boleh pulak. Malu dekat orang sebenarnya. Orang lain lagi gemuk pun elok je. Takkan la ko dah tak larat Yebby ooi! Cakap macam tu dekat diri sendiri. Tu yang kuatkan semangat tu.

 

“Tapi macam dah kekok orang lain elok je ikut rentak, kita macam nak terputus urat kentut ikut. Lagu pulak lagu rancak nau macam lagu ubezkistan #ehh 

Seriuuusss malu kalau orang perasan.

“Doakan kita tau! 70 dulu. Pastu 60 huhu. Tak larat dah terkurung dalam badan orang gemuk ni,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata menyokong Abby dalam menurunkan berat badannya dan berharap dia tidak berputus asa untuk mencapai berat yang ideal.

 

sumber : gempak.org