
Kebahagian bukanlah diukur kepada kemewahan, tetapi ia bergantung kepada sejauh mana keikhlasan hati pasangan kita untuk bersama-sama menempuh susah senang dalam kehidupan.
Baru-baru ini, isteri kepada pelawak terkenal, Ozlynn menerusi Instagramnya telah berkongsi hadiah yang diberikan oleh Johan, sempena ulang tahun kelahirannya.
Ini jer yang mampu
Meskipun hadiah tersebut tidak semewah mana, namun Ozlynn sudah sangat bersyukur dan gembira dengan pemberian sebentuk jam tangan berjenama Baby G itu turut disertakan dengan ucapan ringkas daripada Johan.
“Maaf sayang. Ni sahaja saya mampu…tapi, I love you…”
Bahagia keluarga sentiasa disisi
Bagi Ozlynn, bukan hadiah mewah yang diharapkan, cukuplah sekadar dikurniaan sebuah keluarga yang bahagia yang sentiasa berada di sisinya.
“Tiada apa yang lebih membahagiakan selain keluarga yang dikasihi berada disisi. Terima kasih Allah atas peningkatan umur ini. Buat suamiku, akanku ingat setiap bait kata dalam doamu khas buat isterimu yang serba kekurangan ini…”
Ozlynn dan Johan mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata.
Sumber : jozlynnhanania, OMM
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.