“Pakai Tudung Bulan Ramadhan Pun Dapat Gambar ‘ Macam tu’ , Batal Puasa Akak ” – Zizi Kirana

Hiburan

Penyanyi rap wanita, Zizi Kirana mendedahkan beliau tetap menerima mesej dan foto lucah pada bulan Ramadan yang lalu.

“bukan pakaian saya yang jadi masalah, tapi..”, zizi kirana dapat mesej peminat gatal

Dipetik daripada Gempak, Zizi terkejut apabila menerima pesanan seperti itu walaupun beliau bertudung dan menutup aurat sepanjang bulan Ramadan lepas.

“Pada bulan Ramadan lalu, saya muncul dengan penampilan yang lebih sopan sepanjang bulan puasa. Walaupun ketika bulan Ramadan itu saya dah ‘tutup semua’, masih juga ada yang menghantar mesej… Ada yang nak ‘tengok’ pula tu.. Aduh.

“Saya juga mendapat komen yang ‘macam tu’ ketika bulan puasa. Siap hantar-hantar gambar… Seram akak dik… Bulan puasa, batal puasa akak,”, ujar Zizi dengan nada berseloroh.

“bukan pakaian saya yang jadi masalah, tapi..”, zizi kirana dapat mesej peminat gatal

Menurutnya lagi, beliau dapat melihat ini bukanlah masalah pakaian yang dipakai olehnya, tetapi masalah mental dan hati mereka yang kotor.

“Selagi ia tidak membahayakan saya atau keluarga, saya tak akan buat laporan. Sebab saya rasa orang-orang yang bersifat seperti itu adalah ‘gila’.

“Nasihat saya, cukup-cukuplah. Apabila terjadi perkara itu, saya dapat lihat yang bukan pakaian saya yang jadi masalah, mereka punya ‘mental’ dan hati yang kotor.

“Jadi, benda itu jadi bebanan dalam hidup mereka. Padahal, orang lain hidup bahagia je. Rileks-rileks sudah, jangan buat macam tu… Tak elok,” kata Zizi lagi.

“bukan pakaian saya yang jadi masalah, tapi..”, zizi kirana dapat mesej peminat gatal

Sumber: Gempak via era