Untung RM3 sehari, nasib pakcik patah kaki jual cendol berubah selepas pramugari bikin kec0h di Twitter

Semasa Tauladan

SUDAH berusia 67 tahun, namun dia masih gigih menjalankan perniagaan cendol dan rojak.

Lebih malang, dia yang sebelum ini berniaga menggunakan lori terpaksa bertapak di sebuah gerai selepas ditimpa malang hingga patah kaki.

Simpati dengan nasib yang melanda warga emas dikenali sebagai Pakcik Ghani itu, seorang pramugari tampil membuat hebahan di Twitter sehingga tular.

Bercakap kepada mStar, Fatin Shabirah Mohd Shariff, 24, mended4hkan warga emas itu menyewa tapak gerai yang terletak di hadapan gerai ibunya di Lembah Maju, Ampang, Selangor.

“Mak saya dah berniaga makanan sekitar 20 tahun di situ. Jadi dia sewakan gerai di hadapan kedai kepada Pakcik Ghani.

“Baru je dalam sebulan dia menyewa. Katanya dia dah tak larat nak tekan pedal lori sebab kaki patah.

“Masa dia mula-mula menyewa, ada satu hari tu dia dapat RM3 je. Mungkin pelanggan-pelanggan dia sebelum ni tak tahu.

Pakcik Ghani kini berusia 67 tahun.

“Jadi saya cuba post di Twitter, saya pun ada bagitahu dia nak cuba viralkan dia,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Mesra disapa Fatin, dia mengakui cukup terharu dengan sokongan warga Twitter sehingga membawa punca rezeki buat warga emas berkenaan.

Jelasnya, dia tidak begitu tahu mengenai latar belakang Pakcik Ghani namun berharap ia sedikit sebanyak mampu membantu kelangsungan hidupnya.

Dia kata Alhamdulillah, rojak pun habis dua tiga hari ni.

FATIN SHABIRAH MOHD SHARIFF

“Sebelum ni dia pernah cakap pada mak, kalau bisnes dia tak bagus, dia nak berhenti menyewa.

“Tapi saya bersyukur, ramai yang nak datang gerai dia lepas viral. Kami pun tak mengharapkan apa-apa balasan.

Fatin terharu dengan sokongan yang diberikan oleh warga Twitter.

“Kita pun tak tahu apa dia lalui, tapi sekurang-kurangnya dapat bantu hidup dia.

“Beberapa hari selepas viral, saya tanya dia. Dia kata Alhamdulillah, rojak pun habis dua tiga hari ni,” ujar Fatin lagi.

Kedai ibu Fatin yang turut menempatkan gerai kecil warga emas itu dihadapannya.

Tambah Fatin lagi, selain bersikap peramah, cendol dan rojak dihasilkan warga emas itu juga cukup menyelerakan.

Sehingga kini, posting Fatin mengenai Pakcik Ghani menerima lebih 12,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.