“Papa lepas bg ceramah mesti amik ati anak2 balik..” Ozlyn Kongsi Video, Netizen Puji Cara Johan Didik Anak

Hiburan Keluarga Santai

Pasangan selebriti tanah air Johan dan Ozlynn kerap memuat naik video-video telatah berkenaan kebahagiaan rumah tangga mereka. Sebelum ini Ozlynn pernah memuat naik video Johan sedang bergurau senda bersama anak-anak mereka iaitu baby Moleiq dan kakak Chantiq.

Terbaru, Ozlyn memuat naik video Johan sedang meluangkan masa bersama anak-anak di rumah sambil berbual, nasihat dan juga sesi luahan perasaan. Cara didikan Johan sebagai seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab dan penyayang menarik perhatian netizen. Terbaik bro!

Menerusi Instagram Ozlynn, dia berjaya merakam situasi suaminya memberikan ceramah buat anak-anaknya. Menurutnya, suaminya akan berbual, luah perasaan dan nasihat kesemua anaknya selepas solat maghrib. Pasti mereka akan mengalirkan air mata selepas selesai sesi itu.

Lepas maghrib.. selalunya kalau boleh papa akan luangkan masa utk sama2 dgn anak2 berbual, luah perasaan, nasihat.. dan pasti ending dia linangan air mata.. baik dr yg sulung smp la yg no 4… yg bongsu x paham pape lg so dia selamat..😂.. papa lepas bg ceramah mesti amik ati anak2 balik.. haishhh dia pandai main jiwa n beli jiwa anak2.. sb tu anak2 lebih rapat dgn dia.. aku?? Slalu jadi tukang bakor line.. papa dorg tgh 🔥 kdg bila germ kita tambah minyak tanah.. bagi api tu besor sikit.. bila bebdk takut baru sikit.. sikit.. kita jirus air kat papa dorg.. tp kdg papa dorg tgh membara tu cepat2 minum air.. bkn apa.. risau mama dorg plak yg telan minyak tanah🤣🤣.. dlm hidup nih kita kena flexible..xleh nak hamok anak jek.. ada masa kita kena berbicara secara tenang.. biar byk kali terangkan.. jgn rungut kalau anak masih sama.. atau kejap je berubah pastu buat balik.. normal weh.. nama pon bdk.. kalau yg tua pon x paham bahasa.. so as a mother kena doakan yg baik2.. ngamok.. xpe.. tp ada had dan masa nya.. kalau mak naik hntu.. bapaknya kena tenang.. tgk kalau mak dh mcm kena sampok hntu tibai anak.. pelan2 tarik mak ke tepi.. tenangkan.. begitu lah sebaliknya.. jgn jd persak anak.. bila mak tgh marah.. kat blkg bapak plak ckp.. haaa xmo kwn mama yekkk.. mama marah adik ye td.. 🙄.. wehhh tu roskkan anak!!! Plsss ye.. jgn buat mcm tu.. lepas marah atau tegur anak.. pastikan kita tenangkan balik keadaan yg tegang td.. bgtau anak2.. kenapa kita marah.. mulakan dgn kata2 semangat.. kata2 yg penuh kasih syg.. tarik dan beli jiwa anak kembali.. dgn berhemah.. bkn “ berkhemah bersama si nopal yek..” beri kata semangat pada anak.. bkn spoilkan.. so ending dia.. papa belanja g main kat wangsa walk..

VIDEO:

 

 

Namun, suaminya pandai membeli jiwa anaknya semula dengan mengajar mereka untuk bersiar-siar selepas sesi sedih itu.

Komen netizen;

Rata-rata netizen kagum dengan cara Johan dalam mendidik anak-anak. Netizen juga berterima kasih kepada pasangan itu kerana memberi nasihat tentang cara mendidik anak-anak.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: JozlynnHanania via ViralKami