Pasangan Ini Tercengang, Ditinggalkan Kapal Layar Setelah 45 Minit Lewat Tiba Di Pelabuhan.

Hiburan

Baru-baru ini, telah menular satu insiden melibatkan sepasang suami isteri telah terkandas di pelabuhan setelah mereka terlewat untuk menaiki kapal pelayaran tersebut.

Video yang merakamkan insiden pada 15 Februari lalu itu menunjukkan bagaimana sebuah kapal pelayaran Royal Caribbean iaitu Symphony of the Seas telah meninggalkan pasangan itu yang berada di Nassau, Bahamas.

Hari berkenaan merupakan hari keenam daripada tujuh hari pelayaran dan merupakan pelabuhan terakhir kapal tersebut sebelum kembali ke Miami.

Menurut individu yang merakamkan video berkenaan, pihak kapal telah membuat pengumuman sekitar jam 3.30 petang yang meminta semua penumpang untuk menaiki kapal berkenaan.

Tepat jam 4.15 petang, para pekerja mula melakukan tugas menempatkan para penumpang ke dalam kapal dan menutup laluan masuk. Pada saat kapal tersebut mula belayar, pasangan ini mula berlari ke arah kapal sambil diperhatikan oleh beberapa penumpang lain.

Pasangan ini dilihat melambai-lambai ke arah kapal Symphony of the Seas itu sambil membawa beberapa beg beli-belah di tangan mereka. Mereka kemudian turut dilihat bercakap dengan beberapa pekerja pelabuhan yang lalu-lalang di kawasan terbabit.

Menurut DailyMail, kelewatan penumpang jika mengikuti perjalanan yang ditempah melalui syarikat pelayaran membolehkan syarikat Royal Caribbean menawarkan kaedah lain untuk membawa mereka pulang ke rumah.

Akan tetapi, seandainya punca kelewatan itu disebabkan oleh perjalanan atau lawatan yang dirancang sendiri, penumpang terpaksa mencari jalan pulang sendiri. Jika menaiki penerbangan, harga sekeping tiket bagi perjalanan sehala dari Nassau ke Miami mencecah sehingga RM732!

Kasihan…

Reel Focus/Youtube

Sumber: DailyMailReel Focus/Youtube / Era Baru