TERKINI! Pejuang calonkan Tun M sebagai PM sementara PRU-15

Semasa Tempatan

KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebulat suara mencalonkan pengasasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sementara menunggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Perkara itu dikongsikan Setiausaha Politik Dr Mahathir, Abu Bakar Yahya menerusi perkongsian di Facebook petang Sabtu.

“Kami ahli jawatankuasa penaja parti Pejuang telah pun memutuskan dengan sebulat suara bahawa Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.

“(Ia) Bagi menggantikan Perdana Menteri yang ada sementara menunggu Pilihan Raya Umum ke-15 jika negara mahu diselamatkan #TunDrMahathirMohamadTheLegend,” katanya.

Menerusi perkongsian berasingan, menurut Abu Bakar, perkara itu juga dipersetujui Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pejuang yang diasaskan oleh Dr Mahathir didaftarkan secara rasmi 19 Ogos lalu dengan menggunakan huruf Jawi ‘Pa’ sebagai logo dan masih menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Tujuh individu yang dinamakan sebagai jawatankuasa penaja adalah Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik, Datuk Seri Marzuki Yahya, Datuk Shahrudin Salleh dan Datuk Nur Khairi Ahmad.

Dalam pada itu, hari ini, tular di media sosial satu surat did4kwa akuan bersumpah (SD) Dr Maszlee, memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Menerusi surat itu Mazlee, yang memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), did4kwa menyatakan beliau memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada Anwar.

Astro AWANI cuba mendapatkan pengesahan daripada Maszlee serta pegawainya mengenai SD berkenaan, namun sehingga kini belum mendapat sebarang maklum balas.

Akuan bersumpah d4kwa Maszlee sokong Anwar tular

Maszlee tolak pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp

DALAM pada iti, satu surat did4kwa akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan tular di media sosial.

Menerusi surat itu Mazlee, yang memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), dikatakan menyatakan beliau memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada Anwar.

“Saya seikhlasnya memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada YB, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson (P132), untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan (ke-9) sehingga sidang Parlimen keempat belas (ke-14) dibubar oleh YB. Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim,” katanya di dalam SD yang belum dapat dipastikan kesahihannya itu.

Akuan Bersumpah Maszlee sokong Anwar

Sebelum ini, portal MalaysiaNow dalam satu laporan, mendedahkan SD yang dikatakan dibuat oleh Maslee itu.

Astro AWANI sedang cuba mendapatkan pengesahan daripada Maszlee serta pegawainya mengenai SD berkenaan, namun sehingga kini belum mendapat sebarang maklum balas.

Maszlee sokong Anwar di luar pengetahuan Tun M

Malaysiakini - Maszlee: Harapan needs Dr M, Anwar has no sole right to be next PM

Tindakan Dr Maszlee Malik yang dikatakan memberi sokongan kepada ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan dibuat di luar pengetahuan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber yang rapat dengan pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memberitahu Astro AWANI, jika benar, tindakan ahli Parlimen Simpang Renggam itu sangat mengejutkan.

Ini kerana Anwar ketika sidang media pada 23 September lepas memaklumkan ahli Parlimen yang mewakili Pejuang tidak ada dalam senarainya.

Sumber itu juga memberitahu, Pejabat Dr Mahathir berusaha menghubungi Maszlee untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu, namun bekas Menteri Pendidikan berkenaan gagal dihubungi.

 

Sumber: Awani 1, Awani 2, Awani 3

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.