Pelakon Spanar Jaya Ramasundran mninggal dunia

Hiburan

PELAKON dan pelawak veteran yang terkenal dengan watak Rajoo dalam sitkom Spanar Jaya, Ramasundran Rengan mninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 2 pagi, Rabu.

Berita sed1h pemergian pelawak berusia 57 tahun itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah dan dik0ngsi menerusi laman Facebook persatuan itu.

“Kita kehiIangan seorang pelakon, pelawak, penyanyi, pengarah yang sangat dedikasi dan komited dengan kerja.

“Rama telah mninggal dunia antara pukul 2 pagi hingga 2.30 pagi tadi. Beliau mengalami b3ngkak kaki dan di bawa ke bahagian kecem4san pukul 12 pagi, sejam kemudian doktor mengesahkan Rama telah tiada.

“Beliau pernah mempunyai sejarah masaIah jantvng. Pemergiannya men1nggalkan kenangan manis kepada semua sahabat-sahabat.

“Salam takziah buat isterinya Kamala dan keluarga. Selamat t1nggal Rama, semoga tenang di sana, ” tulis pengendali akaun.

Dalam pada itu, Hafiz memaklumkan m4yat mend1ang masih di Hospital Kuala Lumpur dan akan dibed4h si4sat pada pukul 2 petang Rabu.


Rama (dua dari kanan) mula dikenali menerusi sitkom Spanar Jaya.

Sementara itu, rakan selebriti Sheila Mambo turut mengucapkan takziah dan menyifatkan Ramasundran atau lebih mesra dipanggil Rama sebagai seorang sahabat yang baik dan berbudi bahasa.

“Kau orang baik Rama… manusia penuh budi bahasa. Selamat jalan sahabat. Salam takz1ah buat ahli keluarga mendiang, ” tulisnya.

May be an image of 1 person and text that says '100% 7:36 Sangat terkejut dgn berita yg diterima pagi ni macam tak percaya Kehilangan seorang sahabat yg sangat baik sering memberi nasihat walaupun kami berlainan agama.suka tolong orang kali terakhir call masa Ramadhan lalu...Semoga dipermudahkan urusan keluarga.RIP@ramassuntran'

Sementara itu, Presiden Persatuan Teater Malaysia, Sakrani Shamsuddin berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi panggilan telefon oleh isteri mend1ang.

Sakrani berkata, mend1ang Ramasundran yang juga naib presiden persatuan tersebut dimasukkan ke bahagian kecem4san HKL kira-kira 12 tengah malam Selasa kerana kakinya b3ngkak.

Menurutnya, satu jam kemudian doktor mengesahkan Ramasundran yang mempunyai sejarah masaIah jantvng telah mninggal dunia.

“Semoga pemergian beliau berada dalam kesejahteraan. RIP (semoga rohnya bersemadi dengan aman) daripada Presiden dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Teater Malaysia,” katanya.

Untuk rekod, mend1ang merupakan Naib Presiden Persatuan Teater Malaysia, Penolong Setiausaha Yayasan Artis Veteran Malaysia, dan aktif bersama Angkatan Pert4hanan Awam Malaysia (APM).

Antara filem yang pernah dibintangi Ramasundran ialah Kerja Kahwin, Sini Ada Hantu, Aku Kaya The Movie dan Cinta 200 Ela.

Ramasundran mula dikenali menerusi sitkom terkenal Spanar Jaya dan Jangan Ketawa pada tahun 1999.

 

Sumber: mStar, BERNAMA, Facebook Persatuan Seniman Malaysia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.