Tak Tahan Asyik Kena S4man ‘Speed Tr4p’, Pemilik Kereta Sanggup Cari ‘Kembar Seiras’ Sampai Ke Bangi

Semasa Tempatan

Siapa yang tidak bengang apabila kerap menerima s4man atas pelbagai kesalahan lalu lintas sedangkan diri sendiri tidak pernah memandu ke kawasan tersebut.

Hal ini telah berlaku terhadap seorang pemilik kereta Mazda yang tidak tahan dis4man sedangkan dia berada di Johor dan kesalahan tersebut banyak dilakukan di ibu kota.

Ada kembar seiras

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, dia telah turun sendiri ke Bangi, Selangor untuk menjejaki pengguna kereta yang menggunakan nombor pendaftaran kereta miliknya.

Menerusi Facebook Shidie Art Pelukis Rakyat, dia telah berkongsi gambar-gambar kereta Madza merah yang betul-betul sama dengan kereta tulen di sebelah kanan.

Bukan kereta kl0n…

Walau bagaimanapun, menerusi Twitter wartawan akhbar, Mohd Redzuan Abdul Manap memetik daripada penulisan Berita Harian, pihak polis telah menafikan bahawa kereta tersebut adalah kereta kl0n.

Akan tetapi, kereta yang di kawasan parkir di Bangi itu berkemungkinan kereta cvri yang dipercayai dicvri dari Pahang dan dibawa ke Kajang.

Guna nombor pendaftaran p4lsu

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kereta tersebut dipercayai dicvri di Baserah, Kuantan sebelum di bawa ke Kajang.

“Kereta jenis Mazda 6 berwarna merah yang berkunci ditemui di kawasan letak kenderaan awam.”

“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran p4lsu dan mempunyai status rekod kenderaan hilang.”

“Kenderaan itu kemudian dibawa balik oleh anggota polis terbabit untuk tindakan dan si4satan selanjutnya.” 

Terdahulu, gambar-gambar kereta ‘kembar’ itu tular  di media sosial kerana betul-betul sama sehinggakan nombor cukai pendaftaran juga did4kwa sama.

Hal tersebut menyebabkankan pemilik asal kerap kali menerima s4man atas kesalahan jalan raya sedangkan dia tidak melanggar undang-undang jalan raya seperti yang dinyatakan menerusi s4man yang diterima.

 

Sumber: Berita Harian (Faris Fuad), Twitter, Shidie Art Pelukis Rakyat, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.