Pengsan Ketika Arwah Ibu Di Kebumikan Antara Moment Sayu Sekitar Pengebumian Faziani Rohban Malam Semalam.

Semasa

[DIKEMASKINI] Suasana hiba mengiringi pengebumian jenazah pengasas produk kecantikan Dnars Skincare Faziani Rohban Ahmad di tanah perkuburan Islam Kampung Kedemit, Wakaf Bharu di sini jam 10.20 malam ini.

Sebelum itu solat jenazah diadakan di kediamannya di Kampung Paloh, di sini.

Van jenazah tiba di perkarangan tanah perkuburan jam 10 malam diiringi suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, yang cedera di mata kanan dan lapan anaknya.

Suami pengasas produk kecantikan Dnars Skincare Faziani Rohban Ahmad, Shah Rizal Ibrahim kelihatan sedih di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar malam ini
Image may contain: one or more people, crowd and night

Image may contain: one or more people

Lebih 500 saudara dan kenalannya turut mengiringi jenazah yang dikebumikan di sebelah kubur Allahyarham ayahnya, Rohban Ahmad Shamsir Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 2010.

anak kandung Faziani Rohban, Irdina Hakim Jasman yang pengsan ketika ibunya dikebumikan

Meratap pemergian Allahyarham, anaknya, Irdina Hakim Jasman,16, yang pengsan ketika jenazah dikebumikan.

Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, berkata, kemalangan itu berlaku apabila dia terlelap dua saat.

“Kami dalam perjalanan ke beberapa buah pondok agama di Thailand, ada urusan rutin setiap kali Ramadan.

Terlelap 2 Saat…

“Saya mahu berhenti di stesen minyak di hadapan selepas bandar Pattani tetapi tidak sempat sampai apabila saya terlelap dua saat menyebabkan kereta yang dipandu saya merempuh sebuah lori di tepi jalan,” katanya.

Image may contain: 10 people

 

Menurutnya, tiada perubahan pelik ditunjukkan oleh Allahyarham cuma ketika menunaikan umrah minggu lepas, dia ada bertanya jika dia tidak ikut bersama menunaikan umrah nanti.

Allahyarham meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan membabitkan Toyota Estima dengan sebuah lori kira-kira jam 10.30 pagi di Pattani, Thailand.

sumber  : sinarharian

Selesai sudah proses pengebumian Allahyarhamah FAZIANI BINTI ROHBAN AHMAD,

 

Semoga seluruh ahli keluarga arwah Faziani Rohban di beri ketabahan hati dengan dugaan kehilangan ibu mereka. Salam Takziah semoga Allah menggantikan sesuatu yang lebih baik dari kesedihan yang dialami.

sumber : Ig Iqbar Hakim