“Perginya” Datuk A. Rahman Hassan

PENYANYI era 60-an iaitu Datuk A. Rahman Hassan meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat strok dan pendarahan pada bahagian otak.

Anak sulungnya Khir Rahman berkata, arwah meninggal dunia kira-kira pukul 12.40 tengah malam Khamis.

“Saya Khir Rahman memaklumkan secara rasmi bahawa ayahanda saya telah kembali ke rahmatullah.

“Alhamdulillah berkat doa semua arwah abah pergi dengan baik sekali, semoga abah disekalikan bersama mereka yang beriman,” ujarnya.

Jenazah akan dibawa pulang dan dimandikan di kediamannya di Taman Sri Ukay, Ampang.

Penyanyi lagu Tak Mengapa ini akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam, Taman Keramat pada Khamis.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu pelakon Datin Fadilah Mansor dan dua orang anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman.

Anak keduanya iaitu Khairul Ilmi meninggal dunia pada 2016 akibat kanser.

A. Rahman, 73, dikejarkan ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur selepas tidak sedarkan diri kira-kira pukul 10 malam Isnin lalu.

Menurut Khir, bapanya pitam di sebuah stesen minyak dan kemudian dihantar ke hospital menaiki ambulans.

A. Rahman pernah berkahwin dengan Datin Azizah Mohamad yang juga penyanyi kumpulan Orkes Nirwana.

Semoga Berjaya, Bimbang, Tak Mengapa dan Perpaduan Hidup.

Kali terakhir Allahyarham beraksi dalam sebuah acara berprestij ialah pada Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) pada tahun lalu membawa lagu Tak Mengapa.

Sumber Mstar

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf