“Perkahwinan Sunnah Nabi , Tetapi campur adukkan dengan maksiat yang jelas hukumnya adalah haram”- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu.

Hiburan

Kecoh di sosial media berhubung klip video yang memaparkan aksi tarian keterlaluan di majlis perkahwinan model Ahya Ulumuddin Rosli, 32, atau Ahya bersama isterinya, Shahirah Sanusi, 27.

Aksi kurang sopan itu mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan netizen hingga ada yang mempersoalkan hukum persembahan berkenaan.

Sehubungan itu, Ketua Penolong Pesuruhjaya (Bahagian Pengurusan Masjid) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (UHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz, menerusi Sinar Harian tampil menjelaskan situasi sebenar mengikut pandangan Islam.

Menurutnya, persembahan itu disifatkan sebagai haram di sisi agama dan tidak sepatutnya berlaku kerana ia bercanggah dengan syariat Islam.

“Matlamat perkahwinan dah ‘comel’ tapi cara tu tak betul. Perkahwinan adalah sunah Nabi Muhammad SAW tetapi bila campur adukkan dengan benda haram, benda maksiat yang jelas hukumnya adalah haram.

“Malah tarian itu juga secara tidak langsung mengheret dosa kepada tetamu yang hadir,” katanya.



Ahya sebelum ini menegaskan dia berhak memanggil siapa sahaja untuk membuat persembahan yang dibiayainya sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak.

“Persembahan itu sekadar hiburan sahaja untuk tetamu yang hadir,” katanya.

Sumber: Sinar Harian