Permohonan baharu BPN 2.0 dibuka hingga Ahad – Tengku Zafrul

Semasa Tempatan

PUTRAJAYA: Permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) masih dibuka sehingga 15 November 2020, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, bagi permohonan yang diluluskan pula, bayaran akan dibuat secara sekali gus pada Januari 2021.

“BPN 2.0 dijangka akan meringankan beban 7.5 juta penerima B40 serta 3.1 juta penerima M40.

“Sehingga 3 November 2020, sebanyak RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima.

“Ini merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40,” katanya.

2.3 Juta Permohonan Baharu, Rayuan BPN Diluluskan – Tengku Zafrul – TVS-TVSARAWAK

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Laporan LAKSANA Ke-28 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) menerusi Facebook, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, mereka boleh melakukan pengeluaran di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 26 Oktober lalu.

Beliau berkata, sekitar 6,000 penerima yang didapati gagal kredit yang membabitkan jumlah sebanyak RM2.71 juta.

Katanya, pengeluaran bantuan BPN 2.0 boleh dibuat mulai minggu kedua November 2020 ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan.

“Saya juga ingin mengumumkan bahawa permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) telah ditutup pada 31 Oktober 2020.

“Saringan kelayakan sedang dibuat. PKS Mikro yang layak bakal menerima bantuan ‘one-off’ berjumlah RM3,000 dan bayaran disasarkan akan dibuat mulai 25 November 2020,” katanya.

 

Sumber: BHOnline

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.