“Kalau dah reda, terpulang pada rakyat untuk pilih kerajaan mana yang layak”- PM

Semasa Tempatan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat Pengumuman Khas D4rurat yang disiarkan secara langsung pagi tadi.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, beliau berkata tiada Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) sepanjang tempoh d4rurat iaitu sehingga 1 Ogos ini.

Memetik teks ucapan penuh beliau, keutamaan kini adalah meng4wal w4bak p4ndemik C0vid-19 yang kini telah mencecah empat angka berbanding mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat.

“Keputusan ini adalah selaras dengan satu daripada lima prinsip maqasid syariah iaitu menjaga ny4wa.

“Menjadi kewajipan saya sebagai ketua kerajaan untuk menjaga ny4wa rakyat dengan melindungi saudara daripada jangk1tan C0vid-19. Ini adalah kemaslahatan paling utama yang dituntut agama Islam,” katanya.

Selain itu, beliau juga berkata bahawa pilihan raya akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Khas Bebas memperakukan bahawa w4bak C0vid-19 telah reda dan pulih sepenuhnya agar pilihan raya dapat dijalankan dengan selamat.

“Pada masa itu, terpulanglah kepada rakyat untuk memilih kerajaan mana yang layak untuk mentadbir negara ini dan menjaga kebajikan saudara dan saudari sekalian.

“Inilah komitmen dan akujanji saya yang akan saya tunaikan, insya-Allah,” ujarnya.

Malah, beliau juga berharap ahli politik dapat mengenepikan perbezaan masing-masing dan bers0lidariti bersama rakyat.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Bilal Shah telah memberi perkenan agar Pengisytiharan Proklamasi D4rurat sebagai langkah bagi mengekang w4bak C0vid-19.

Perdana Menteri Umum Pengumuman Khas D4rurat 11 Pagi Tadi

Pagi tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan Pengumuman Khas D4rurat yang dijadualkan bersiaran secara langsung pada 11 pagi.

Dalam masa sama, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah turut perkenan melaksanakan tempoh d4rurat sehingga 1 Ogos 2021 atau lebih awal lagi, sekiranya kes harian C0VID-19 dapat dikawal.

Selain itu, negara akan mula menghadapi detik svkar untuk melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri mulai tengah malam ini sebagai usaha memvtuskan kembali rantaian jangkitan C0VID-19 yang semakin tinggi akhir-akhir ini.

Bersama-samalah kita mendoakan agar pengumuman khas d4rurat yang diumumkan Perdana Menteri akan membawa manfaat untuk negara.

Nantikan siaran langsung pada jam 11 pagi ini di saluran media-media utama pilihan anda.

Agong Perkenan Isytihar D4rurat Hingga 1 Ogos Atau Lebih Awal Jika Kes Harian C0VID-19 Dapat Dikawal

Agong recovering well post treatment

Terdahulu, media melaporkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi D4rurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala w4bak C0VID-19.

Menerusi laporan ringkas BERNAMA pagi ini, Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan d4rurat tersebut sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal.

Difahamkan, tempoh yang dijangka tersebut diberikan jika angka kes positif C0VID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Selain itu, Agong juga perkenan pembentukan satu Jawatankuasa Bebas dianggotai ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan.

“Jawatankuasa Bebas akan mengesyorkan kepada Agong sekiranya pelaksanaan darvrat dapat ditamatkan lebih awal.

“Agong (juga) menasihati rakyat supaya bertenang, tabah dan cekal hadapi pelaksanaan darvrat dan PKP demi keselamatan dan kepentingan bersama,” tambah laporan tersebut.

 

Sumber: BH Online, OMM, Twitter rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.