Kisah tular pes4kit k4nser jual arnab bayar PTPTN, dilaporkan telah dijemput IIahi

Keluarga Tempatan

MACHANG – Seorang pesak1t k4nser yang sebelum ini menjual arnab untuk mencari duit bagi membayar hvtang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan mer4wat penyak1tnya telah pergi buat selamanya pada Sabtu dengan menitipkan pesan terakhir untuk adik perempuannya.

Abdul Halim Mat Hassan, 27, yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mninggal dunia pada Ahad selepas hampir empat tahun mengh1dap k4nser pangkal hidung tahap empat.

Keadaan arwah Abdul Halim yang menghidap penyakit kanser pangkal hidung tahap empat sebelum meninggal dunia di sisi keluarga pada jam 1.40 petang, hari ini. FOTO IHSAN KELUARGA Keadaan arw4h Abdul Halim yang mengh1dap penyak1t k4nser pangkal hidung tahap empat sebelum mninggal dunia di sisi keluarga pada jam 1.40 petang, hari ini. FOTO IHSAN KELUARGA

“Tolong jaga mak dan ayah,” pesan lelaki itu kepada adik perempuannya, Nur Aishah Mat Hassan yang berusia 21 tahun, sehari sebelum mninggal dunia.

Abdul Halim menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada jam 1.40 petang di kediamannya di Kampung Kok Kiak dan difahamkan baharu sahaja keluar dari hospital pada Ahad.

“Dia pesan pada saya suruh jaga mak dan ayah kerana dia tidak sempat berbakti sepenuhnya kepada orang tua kami. Dia juga minta saya sampaikan salam pada semua dan ucap terima kasih kerana banyak membantu dia selama ini,’ kata gadis itu lagi.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Abdul Halim yang disahkan mengh1dap k4nser pangkal hidung pada Disember 2017 menjual arnab bagi menampung perbelanjaan perubatan serta untuk membayar hvtang PTPTN.

Laporan tersebut mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak terutama PTPTN yang akhirnya membantu menguruskan pinjaman arw4h.

Nur Aishah ketika dihubungi memberitahu, sebelum m4ninggal dunia keadaan abangnya kr1tikal dan mengalami sesak nafas serta tidak dapat tidur pada waktu malam.

Menurut adiknya lagi, empat hari lalu, arw4h abangnya itu dimasukkan ke Hospital Machang selepas mengadu ses4k nafas serta sak1t badan sebelum dibenarkan keluar dari hospital semalam.

Katanya, kes1hatan arw4h abangnya itu mula mer0sot sejak tiga tahun lalu selain dia juga kerap keluar masuk hospital.

“Walau bagaimanapun, pada awal tahun ini, sel k4nsernya semakin aktif sehingga merebak ke bahagian organ dalaman.

“Kami reda dengan pemergian arw4h dan dia adalah insan terpilih kerana mninggal dunia di bulan mulia ini (Ramadan),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Nur Aishah berkata, dia tidak sanggup melihat pender1taan arw4h abangnya selain berat badannya juga semakin susut sehingga menampakkan tulang.

“Saya menganggap arwah abang adalah insan yang terpilih kerana mninggal dunia pada bulan Ramadan,” katanya.

Arw4h dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kok Kiak, selepas Maghrib pada petang Isnin.

Pengh1dap k4nser jual arnab bayar PTPTN

ABDUL Halim bersama arnab peliharaannya berusia tiga minggu untuk dijual. FOTO Hazira Ahmad Zaidi. ABDUL Halim bersama arnab peliharaannya berusia tiga minggu untuk dijual. FOTO Hazira Ahmad Zaidi.

Media sebelum ini melaporkan, Abdul Halim yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang mengh1dap k4nser pangkal hidung tahap empat, memelihara dan menjual arnab sejak dua tahun lalu demi kelangsungan hidup selain membayar hvtang PTPTN.

Abdul Halim disahkan mengh1dap k4nser pangkal hidung pada Disember 2017 dan selepas kes1hatannya semakin mer0sot, dia terpaksa memelihara dan menjual arnab disebabkan penyak1t dih1dapi menyukarkannya bekerja di luar rumah dan pergerakan terbatas.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan itu berkata, disebabkan penyak1t dih1dapinya, dia sukar bekerja di luar rumah dan pergerakan terbatas.

“Arnab sajalah yang saya pelihara dan jual. Sehingga kini lebih 200 arnab terjual buat pada harga RM30 bagi dua ekor, bergantung saiz.

“Saya perlu berusaha mencari duit sendiri kerana ayah hanya bekerja sebagai bvruh dengan pendapatan tidak menentu, manakala ibu pula suri rumah dan adik-beradik yang lain bukan dalam kalangan orang senang.

“Lagipun saya perlu membayar hvtang pelajaran daripada PTPTN berjumlah RM26,000,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Kiok, Machang.

Menurut anak ketujuh daripada 10 beradik itu, setahun dia menjalani 36 kali radi0terapi dan tujuh kem0terapi, selain lehernya ditebvk untuk saluran pern4fasan.

“Kini saya hanya berselera untuk makan bijirin selain nasi kosong yang dilenyek hancur bersama sayur lembut. Tiada lagi kenikmatan terhadap makanan lain.

“Saya juga berp4ntang bagi mengelak sel k4nser aktif,” katanya yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250.

Sebelum ini, dia pernah menangguhkan pengajian selama dua semester kerana masalah kes1hatan dan menyimpan hasrat membantu orang tuannya sebagai tamat pengajian kerana dia anak pertama menjejakkan kaki ke menara gading.

Namun ketentuan Ilahi menyebabkan Abdul Halim reda dan menerima takdir itu dengan tabah.

Terima kasih PTPTN

MOHD Azrul Akmal (kiri) menyerahkan surat pengecualian bayaran balik PTPTN kepada Abdul Halim ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Kiak Baka, Bukit Tiu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar MOHD Azrul Akmal (kiri) menyerahkan surat pengecualian bayaran balik PTPTN kepada Abdul Halim ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Kiak Baka, Bukit Tiu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Susulan daripada itu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memaklumkan untuk memberi pengecualian bayaran balik kepada Abdul Halim yang berjumlah RM26,000.

Pengurus Besar PTPTN Negeri Kelantan, Mohd Azrul Akmal Mamat hadir ke rumah Abdul Halim untuk menyerahkan surat pengecualian pembayaran balik PTPTN sambil disaksikan kedua ibu bapanya, Mariah Ismail, 61, dan Mat Hasan Hamad, 63.

“Sebenarnya pihak kami sudah menerima surat pengecualian pembayaran balik PTPTN Abdul Halim, namun disebabkan beberapa proses ia mengambil masa selain perlu menyemak maklumat peminjam.

“Keseluruhan hvtang pinjaman PTPTN Abdul Halim sebanyak RM26,000 sudah pun selesai melalui manfaat takaful dan ini bermakna dia tidak perlu risau untuk membuat sebarang bayaran balik bagi pinjaman PTPTN ketika pengajian di UMK.

“PTPTN sebagai sebuah agensi pembiaya utama pendidikan tinggi negara sentiasa memikirkan kebajikan peminjamnya dan Skim Pembiayaan Pendidikan dengan perlindungan takaful berkelompok yang dilaksanakan bertujuan untuk melindungi sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh kepada peminjam,” katanya.

Sementara itu, Abdul Halim berkata, dia melahirkan rasa bersyukur apabila tidak perlu lagi membayar pinjaman itu.

“Pada tahun lalu, saya pernah menghantar surat pengecualian pembayaran balik PTPTN memandangkan keadaan saya yang sakit serta tidak boleh bekerja untuk melunaskan hvtang yang dipinjam sepanjang mengikuti pengajian ijazah.

“Alhamdulillah, pada petang ini saya mendapat panggilan telefon daripada pihak PTPTN yang memaklumkan saya tidak perlu membayar pinjaman sebanyak RM26,000 itu,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian, HMetro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.