PKPB Klang Hanya Libatkan Mukim Klang, Pasar Malam Tidak Dibenarkan Beroperasi

Semasa Tempatan

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang, Selangor yang berkuatkuasa mulai tengah malam ini (9 Okt), hanya melibatkan kawasan di mukim Klang sahaja, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata selain itu, kerajaan Persekutuan masih berbincang dengan kerajaan Selangor mengenai kawasan dan lokaliti yang terlibat, dan akan diumumkan setelah ditentukan kelak.

Ismail Sabri berkata mesyuarat juga bersetuju membenarkan Pelabuhan Klang beroperasi seperti biasa, manakala aktiviti ekonomi juga dibenarkan beroperasi mengikut masa yang ditetapkan.

“Pasar Borong, Pasar Tani dan Pasar Biasa, beroperasi bermula 4 pagi sehingga 2 petang, manakala operasi pasar malam adalah tidak dibenarkan.

“Kedai-kedai makan, gerai dan warung juga boleh dibuka tetapi terhad dari jam 6 pagi sehingga 10 malam dan hanya untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away sahaja,” katanya dalam sidang media secara maya dari kediamannya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan hari ini.

Pengangkutan awam seperti bas, teksi termasuk e-hailing dibenarkan bermula jam 6.00 pagi hingga 12.00 malam. Mesyuarat juga bersetuju Pelabuhan Klang beroperasi seperti biasa.

Aktiviti Masjid, Surau Di Mukim Klang Dan Kapar Dit4ngguh – JAIS

DALAM pada itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua aktiviti mengimarahkan masjid dan surau di mukim Klang dan Kapar, dit4ngguhkan mulai semalam sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata tindakan demikian diambil, berikutan peningkatan kes p0sitif C0VID-19 di daerah berkenaan, termasuk pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semalam.

“Hanya tiga petugas masjid dan surau dibenarkan melakukan aktiviti solat fardu dan solat Jumaat sepanjang tempoh ini, di 48 buah masjid dan 223 surau yang terlibat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Shahzihan berkata, sebanyak 23 buah masjid dan 110 surau di mukim Kapar yang merupakan zon kuning, akan dibenarkan beroperasi semula jika tiada kes baharu dicatatkan dalam beberapa hari lagi.

“Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengawasan dan Penilaian Prosedur Operasi Standard Masjid dan Surau Negeri Selangor, pada minggu hadapan,” katanya.

Semalam Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kerajaan mengenakan PKPB di zon mer4h iaitu Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah dan Klang di Selangor, bermula 9 Okt ini susulan peningkatan kes C0VID-19 di kawasan terbabit.

Ismail Sabri dipetik sebagai berkata, pelaksanaan PKPB diambil bagi membendung jangkitan dan penvlaran C0VID-19 dalam daerah tersebut, serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

MB Selangor senaraikan kawasan dalam Mukim Klang

Image

Sumber: Bernama, Mindef, Siakap Keli, Twitter Amirudin Shari

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.