Polis Kelantan S4man Peniaga, Pembeli Di Lampu Isyarat Bermula Minggu ini

Tempatan Viral

KOTA BHARU – Polis Kelantan meneg4skan bahawa pihaknya tidak teragak-agak untuk mengenakan t1ndakan s4man terhadap penjual jalanan dan pembeli di lampu isyarat di seluruh negeri ini bermula minggu ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah berkata, penjual dan pembeli yang dikenakan s4man boleh dihadapkan ke mahk4mah dan did3nda sehingga RM2,000 jika disabitkan kes4lahan.

Beliau berkata, pihak polis memandang ser1us terhadap tindakan penjual dan pembeli di lampu isyarat kerana ia meny4lahi undang-undang lalul1ntas.

“Sebelum ini, polis telah memberi nasihat kepada semua peniaga supaya tidak meneruskan perniagaan bagi mengelak dikenakan t1ndakan.

“Mulai minggu ini, kita akan memastikan tiada lagi penjual menjalankan aktiviti menjaja di sepanjang kawasan lampu isyarat di seluruh negeri Kelantan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Abdullah berkata, bagaimanapun, beliau juga akan berbincang dengan pihak polis trafik sebelum mengambil t1ndakan terhadap penjual jalanan di lampu isyarat.

Katanya, t1ndakan boleh diambil terhadap pembeli dan peniaga di lampu isyarat mengikut Akta Lalulintas Jalan Raya dan t1ndakan boleh dikenakan dibawah 10A (1) LN 166/59 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya.

Berdasarkan pemerhatian, peniaga menjalankan aktiviti menjaja di lampu isyarat terdiri daripada golongan belia yang terkes4n akibat penvlaran w4bak C0vid-19 ketika ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, pengguna jalan raya berdepan s4man berjumlah RM2,000 jika didapati bers4lah membeli produk yang dijual peniaga di kawasan lampu isyarat kerana t1ndakan itu merupakan satu kes4lahan.

Pembeli berdepan denda RM2,000 beli jualan di lampu isyarat – Ayob Khan

Sementara itu semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti perniagaan itu merupakan satu kes4lahan kerana cara itu bukan sahaja memb4hayakan penjual, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.

“Menerusi Ops Kesedaran, Polis Johor telah mengenal pasti sebanyak 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di lampu isyarat seluruh Johor.

“Mengikut peruntukan undang-undang, bukan sahaja penjual boleh dikenakan t1ndakan tetapi juga pembeli yang mana mereka boleh dikenakan d3nda tidak melebihi RM2,000,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mengikuti Op Khas – Ekz0s B1sing yang diadakan di Taman Kota Masai, di sini hari ini.

Antara lokasi yang dikenal pasti termasuklah di lampu isyarat pusat beli belah Angsana Johor Bahru Mall, lampu isyarat Kempas Baru-Pasir Gudang, lampu isyarat Taman Cempaka dan lampu isyarat Jalan Kulai-Kota Tinggi.

Tambah beliau, peniaga khususnya dinasihatkan agar mencari kaedah jualan lain yang bukan sahaja lebih selamat tetapi mengikut lunas peruntukan undang-undang negara.

“Nasihat saya, carilah kaedah atau lokasi lain yang lebih sesuai untuk menjalankan perniagaan dan jangan sampai memb4hayakan,” ujarnya.

Ayob Khan bagaimanapun memberitahu setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan terdapat mana-mana ins1den kemal4ngan melibatkan aktiviti perniagaan di lampu isyarat.

 

Sumber: K! ONLINE

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.